Skip to main content

Projek nilai tambah baru dihenti seketika

PARIS 8 Okt. - Projek nilai tambah baru yang dilihat sebagai 'mewah' dalam sistem pendidikan negara akan dihentikan sementara berikutan kebimbangan mengenai keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein(gambar).

Beliau berkata, kementerian akan mengamalkan perbelanjaan berhemah iaitu peruntukan perlu dimanfaatkan untuk keperluan projek pendidikan yang asas dan mendesak.

Katanya, projek nilai tambah seperti pertandingan robotik peringkat dunia dan pertandingan reka cipta F1 yang memerlukan teknologi baru akan dihentikan sementara kerana peruntukan untuk projek itu boleh disalurkan kepada projek yang lebih mendesak.

"Ia adalah pendekatan dan projek yang baik tetapi memerlukan pelaburan dan ia agak mewah berbanding membina sekolah. Ia bukan diketepikan terus tetapi tidak perlu perluaskan buat masa ini. Kena fahamlah kerana kita ada keperluan yang lebih penting," katanya di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, walaupun peruntukan pendidikan yang disediakan kerajaan tidak pernah terjejas dalam apa jua keadaan ekonomi malah menerima tambahan sebanyak RM600 juta dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan enam peratus kenaikan dalam Bajet 2009, ia perlu dibelanjakan secara berhemat.

"Janganlah dengan keadaan kita yang selesa sekarang kita membazir," katanya.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang telah diminta meneliti perbelanjaan kementerian itu memandangkan situasi ekonomi tidak menentu sekarang.

Hishammuddin berkata, beliau bimbang jika peruntukan tidak dibelanjakan secara berhemat, ia akan menyebabkan jumlahnya menjadi terhad sehingga mengakibatkan perkara yang mendesak juga tidak dapat ditunaikan.

Beliau berkata, peruntukan akan diagihkan sama rata dan diberikan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira aliran sekolah.

Sementara itu, Ketua Pengarah UNESCO, Koichiro Matsuura berkata, Malaysia menunjukkan kemajuan ketara dalam bidang pendidikan dan memperoleh penghormatan antarabangsa kerana berjaya mewujudkan model pendidikan yang mendapat pujian.

Beliau berkata, Malaysia telah memperkenalkan model pendidikan yang amat baik terutama di kalangan negara membangun.

"Kami gembira kerana terdapat kemajuan yang sangat baik dalam bidang pendidikan di Malaysia dan kepimpinan menterinya (Hishammuddin)," katanya di sini.

Walaupun mempunyai jadual ketat menghadiri Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO yang sedang berlangsung, Matsuura dan Hishammuddin sempat mengadakan pertemuan selama setengah jam di luar jadual mesyuarat.

Hishammuddin dipilih menjadi Anggota Lembaga Eksekutif UNESCO dengan undian tertinggi, sebanyak 147 dalam kumpulan negara Asia Pasifik pada persidangan tahunan ke-34 Oktober tahun lepas.

Matsuura turut melahirkan penghargaannya atas sokongan padu Malaysia terhadap agenda Pendidikan Untuk Semua (EFA) UNESCO.

- Bernama
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:

Comments

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp...

YORAM DILAWATI OLEH YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

salam buat rakan pembaca.. pada hari ini saya berasa amat berterima kasih kepada YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN kerana dengan izinNYA pada hari ini bermulanya detik yang baik untuk Yoram..Yb dengan berbesar hati sudi untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara yang perlu.. terima kasih Yb.. Semoga Yb terus dirahmati Allah selamanya. Amin.. Moga Yoram akan cepat sempuh dan adik adik beliau dapat belajar.... famliy yoram yoram ,azman dan YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

Laila Taib meninggal- Al Fatihah

Oleh FAUZI JAAFAR dan SOPIE SAMAILE utusansarawak@utusan.com.my KENDERAAN yang membawa Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak selepas menziarahi jenazah Allahyarham Laila Taib di Kuching, Sarawak, semalam. KUCHING 29 April - Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada pukul 3.40 petang ini di kediaman mereka di Demak Jaya di sini akibat kanser. Laila, 68, meninggalkan suami dan empat anak termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman serta 15 cucu. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam kenyataannya memberitahu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya pada pukul 11.30 pagi esok. Beliau berkata, orang ramai yang ingin menziarahi jenazah Allahyarham boleh berbuat demikian sebelum pukul 11 pagi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang dalam lawatan rasmi dua hari ke si...