Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

SPM 2011: 1,609 pelajar dapat 9 A+ hingga 12 A+ ditawar bursary

Azman Salleh SPM 2011: 1,609 pelajar dapat 9 A+ hingga 12 A+ ditawar bursary 10 April 2012 KUALA LUMPUR - Semua 1,609 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9 A+ hingga 12 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 ditawarkan "bursary" (bantuan kewangan pengajian) secara automatik untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan atau prauniversiti dalam negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan kewangan itu disediakan Kementerian Pelajaran untuk pengajian di peringkat prauniversiti sebelum pelajar melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata tawaran bantuan kewangan pengajian kepada 1,020 pelajar yang memperoleh 9A+, 492 pelajar 10A+, 90 pelajar 11 A+ dan tujuh pelajar 12 A+ adalah secara automatik tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang itu adalah tanda keprihatinan kerajaan mengiktiraf kecemerlangan pelajar berkenaan. "K

Raptai akhir pertabalan Agong lancar

KUALA LUMPUR - Raptai penuh istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berjalan lancar dengan hampir semua persiapan untuk upacara itu yang bakal berlangsung buat julung kali di Istana Negara, Jalan Duta, tersusun rapi. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata raptai terakhir itu bertujuan mengenal pasti sebarang penambahbaikan dan pembetulan yang perlu dilakukan menjelang istiadat pertabalan itu pada Rabu. "Berdasarkan raptai hari ini, dijangka majlis pertabalan itu akan berlangsung kira-kira sejam dan dihadiri kira-kira 780 tetamu kehormat," katanya kepada pemberita selepas meninjau raptai berkenaan di Istana Negara di sini. Dua raptai istiadat pertabalan berkenaan sebelum ini diadakan pada Khamis dan Jumaat lepas. Rais, selaku Pengerusi Jawatankuasa Istiadat Pertabalan itu, berkata istiadat pertabalan penuh tradisi akan berlangsung di Balairong Seri istana itu. Rais berkata raky

Pemerintahan beraja Malaysia unik

Pemerintahan beraja Malaysia unik OLEH CIK RASHIDAH ABD. GHANI Skuadron Istiadat Berkuda dari Kor Armor Diraja berkawal di hadapan Istana Negara sempena persiapan Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, baru-baru ini. - Bernama. PEMERINTAHAN beraja di Malaysia dikatakan paling unik berbanding negara lain yang mengamalkan pemerintahan beraja. Ini kerana di negara-negara berkenaan takhta pemerintahan terus kekal dikuasai waris, tetapi di Malaysia raja yang memegang jawatan sebagai Ketua Negara atau dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong bertukar mengikut giliran dalam kalangan sembilan Sultan atau Raja yang memerintah negeri. Sungguhpun negara ini mengamalkan sistem pemerintahan Raja BerPerlembagaan dan Demokrasi BerParlimen, pemilihan Yang di-Pertuan Agong, yang mula dilaksanakan ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, adalah cukup bermakna kerana ia melambangkan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokra

Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam

PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. * Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. * Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan. * Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus). * Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM. * Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B m

che Arminuddin..al fatihah

Rentung berpelukan

KOTA BHARU: Memilukan apabila seorang guru lelaki dan anak perempuannya berusia empat tahun mati rentung dalam keadaan berpelukan selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sebelum meletup dan terbakar di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala, di sini, mayat Che Arminudin Abdullah, 42, dan anaknya, Marissa Alma, ditemui di bahagian tengah antara tempat duduk hadapan dan belakang Toyota Rush dinaiki mereka. Che Arminudin berasal dari Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu menetap di Kampung Seri Kulim, Melur, dekat sini dan bertugas di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa. Berdasarkan posisi mayat ketika ditemui, dua beranak itu dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan Che Arminudin menarik keluar anaknya, tetapi gagal apabila kenderaan dinaiki meletup dan terbakar. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila Toyota R

Guru, anak rentung kereta bertembung

Oleh YATIMIN ABDULLAH utusankelantan@utusan.com.my KOTA BHARU 29 Feb. - Dua beranak rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih-Kota Bharu dekat sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 malam, Che Arminudin Abdullah, 42, seorang guru dan anak perempuannya, Marissan Alma, 4, berasal dari Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu maut di tempat kejadian. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, ketika kejadian Che Arminuddin yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Puteh. Menurut beliau, kereta yang dipandu mangsa dikatakan terbabas lalu melanggar tiang sebelum masuk ke lorong bertentangan.

Tragedi ngeri dua beranak

KOTA BHARU - Dua beranak yang bergegas keluar untuk menghantar saudara mereka menaiki pesawat tidak sempat menjamah makan malam apabila mereka ditemui rentung selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh berhampiran Kampung Padang Kala dekat sini kelmarin. Kejadian pukul 8.40 malam itu mengakibatkan Che Arminudin Abdullah, 42, dan anak sulungnya, Marissa Alma, 4, maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Rush yang mereka naiki hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger lalu terbakar. Che Arminudin merupakan guru subjek kemahiran di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa dekat sini. Pemandu dan penumpang Ford Ranger itu, Azaizurie Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecil, Melor dan Siti Nor Azreen Md. Yani, 24, dari Kampung Gaung, Lati, Pasir Mas pula cedera parah. Mereka kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Mereka nyaris rentung namun sempat dikeluarkan ole

Dua beranak rentung nahas Oleh Norliza Wasilan

KOTA BHARU: Seorang guru dan anak perempuannya berusia empat tahun rentung apabila kenderaan dinaiki meletup selepas bertembung pacuan empat roda malam kelmarin. Dalam kejadian jam 9.15 malam di Kampung Padang Kala, Jalan Pasir Putih, di sini, Arminudin Abdullah, 42, yang bertugas di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa dan Marissa Alma dari arah Kota Bharu menghala ke Pasir Putih. Selepas kemalangan, Arminudin dikatakan keluar dari kenderaan untuk mengeluarkan Marissa Alma dari pintu tempat duduk belakang namun gagal akibat letupan yang akhirnya mengorbankan mereka berdua di tempat kejadian. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata Ford Ranger yang dipandu Azaizurien Ahmad, 33, dari Kampung Bukit Kecik Melor, dan penumpang, Siti Nor Azreen Md Yani, 24, dari Kampung Gaug Lati, Pasir Mas, turut terbakar. “Bagaimanapun, kedua-dua mereka terselamat dan dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian manakala dua mangsa yang rentung turut di

salam takziah untuk sahabatku.. amiruddin.dan anaknya.... semoga Allah swt masukkan kalian dalam golongan ahli syurga..

salam takziah untuk sahabatku.. amiruddin.dan anaknya.... semoga Allah swt masukkan kalian dalam golongan ahli syurga.. KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak dan seorang dewasa yang belum dikenal identiti dan jantina rentung dalam satu kemalangan jalan raya apabila kenderaan yang mereka naiki terbakar di Peringat dekat sini malam tadi. Dalam kejadian pada 8.45 malam itu, sebuah kereta jenis Toyota Rush yang dinaiki mangsa dari arah Kota Baharu menghala ke Pasir Puteh, terbabas sebelum melanggar sebatang tiang lampu dan kemudiannya masuk ke arah jalan bertentangan dan merempuh sebuah pacuan empat roda menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Wan Ngah Wan Long berkata tujuh anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran dan mendapati ada dua orang mangsa iaitu seorang kanak-kanak yang duduk di sebelah pemandu) dan seorang dewasa di tempat duduk pemandu di dalam kereta Toyota Rush itu. Dua penumpang di dalam pacuan empat roda, mas