Skip to main content

Hyundai starex

PEMOTORAN

Kebebasan ruang kargo

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my

Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti.


SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van.

MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang.

Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand.

Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mampu dimiliki.

Sebabnya, Hyundai Starex hanya ditawarkan pada tanda harga RM138,888 seunit di atas jalan dan dapat memenuhi ekspektasi anda.

Bagaimana pula dari segi prestasi dan keselesaan pemanduannya secara keseluruhan? Saiznya yang seperti sebuah bas mini memerlukan sedikit masa untuk penulis menyesuaikan diri.

Warna putih solid Hyundai Starex yang dipandu uji nyata membuatkannya menyerlah. Penampilan minimalis dengan garis kontur tubuh yang minimum membuatkan jentera ini nampak ringkas tetapi tetap menarik perhatian.

Bahagian hadapannya juga kelihatan segar dengan gril radiator sarang lebah berwarna hitam. Diapit bersama sepasang lampu utama, bahagian bawahnya menempatkan lampu kabus yang membantu menyimbah cahaya pada waktu malam.

Sementara itu, rekaan bahagian belakangnya adalah mendatar. Tampil dengan lampu belakang nipis, lampu brek ketiga dipasang pada spoiler yang tersisip kemas di atas cermin belakang.


RUANG dalamnya yang luas.

Pintu gelongsor untuk keluar masuk ke dalam kabin ada di kedua-dua sisinya. Biarpun tidak berfungsi secara automatik seperti yang ada pada Alphard misalnya, ia tetap mesra pengguna dan mudah diaplikasikan.

Masuk ke dalam kabin Starex, anda pasti kagum dengan ruang yang ditawarkannya. Setiap tempat duduknya dibalut dengan material kulit berwarna kuning cair.

Tempat duduk hadapan sebenarnya boleh menempatkan tiga orang (termasuk pemandu) apabila tempat seakan-akan dulang minuman yang ada di tengahnya diangkat.

Demi keselamatan semua penumpang, setiap tempat duduknya dilengkapi dengan tali pinggang keledar. Malangnya, ia hanya mempunyai dua beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan.

Penumpang di bahagian belakang tidak perlu merungut kepanasan kerana corong pendingin hawa boleh didapati di bahagian sisi bumbung. Setiap baris tempat duduknya juga menyediakan ruang kaki yang luas untuk keselesaan semua.

Papan pemuka kabin dipisahkan dengan warna hitam dan kelabu. Nampak ringkas, ruang ini turut memuatkan sistem audio jenama Pioneer dengan paparan LCD skrin sentuh. Paparan ini bertindak sebagai kamera sebaik sahaja gear undur dimasukkan.


TEMPAT duduknya disalut material kulit berwarna kuning cair.



Alangkah bagusnya jika setiap bucu kenderaan itu mempunyai sensor sebagaimana yang ada pada model Mitsubishi Grandis. Jadi lebih mudahlah ia diparkir tanpa memerlukan pemandunya memanjangkan leher melihat cermin di setiap sudut.

'Gergasi' ini digerakkan oleh unit enjin diesel bersesaran 2.5 liter yang turut berada di bawah hud model SUV, Hyundai Santa Fe.

Sepanjang empat hari memandunya, enjin Common Rail Diesel Injection VGT yang berupaya menghamburkan kuasa sehingga 125 kW @ 3,800 rpm itu tidak mengecewakan.

Dengan tork mencecah 392 Nm @ 2,000 hingga 2,500 rpm, memandu Starex dalam kesesakan juga tidak melelahkan. Lebih menarik lagi, ia dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan yang sekali gus memberikan tahap penjimatan bahan api memuaskan.

Mahu mengawal sendiri kedudukan gear? Tolak sahaja tuil gear ke sebelah kanan dan kawal gear mengikut corak pemanduan yang anda inginkan.

Tahap NVH pada Starex biasa-biasa sahaja. Bunyi enjin dan angin boleh didengar dengan agak jelas apabila pedal minyak ditekan keras. Mujur juga pembesar suara yang ada mampu memberikan hasil bunyi berkualiti.

Memandu Starex melepasi had kelajuan yang ditetapkan di lebuh raya agak menyeronokkan. Tetapi, jangan bergurau dengan membelok jentera ini dalam kelajuan tinggi kerana ia tidak direka untuk berlumba.

HYUNDAI Starex ini digerakkan dengan enjin bersesaran 2.5 liter.

Apatah lagi titik graviti kenderaan seperti ini tidaklah serendah yang boleh anda peroleh pada kereta lumba F1.

Jika saya membeli Hyundai Starex, komponen pertama yang ditukar pastinya rim aloi berdiameter lebih lebar. Sebabnya, rim bersaiz 16 sedia ada nampak sedikit kecil jika hendak dibandingkan dengan tubuhnya yang begitu besar.

Memang benar, ia mungkin mengorbankan sedikit tahap efisien penggunaan bahan api, tetapi rim lebih besar pasti membuatkan penampilan Starex lebih bergaya.

Comments

JESS said…
Hi Admin & Kawan-kawan. :) mari join 💡"Singapore (SG) Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / 🔎🚩Backpacker Trip Jelajah SG dari serendah 🔥RM90-RM60 sahaja...

Juga ada promosi; 🔖PAKEJ USS Trip dari JB @ 🔶Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-Lebih dari 30 JENIS!) All at %% Discount Price! Nak Private Tour 🚘 (car/Starex)? Pun ada.. Silakan tanya...

Bole WHATSAPP ke ✔+6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: ✔+6012-7760219

*Silakan lawat☺ >> FB.COM/LOVETRAVEL86

Popular posts from this blog

YORAM DILAWATI OLEH YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

salam buat rakan pembaca.. pada hari ini saya berasa amat berterima kasih kepada YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN kerana dengan izinNYA pada hari ini bermulanya detik yang baik untuk Yoram..Yb dengan berbesar hati sudi untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara yang perlu.. terima kasih Yb.. Semoga Yb terus dirahmati Allah selamanya. Amin.. Moga Yoram akan cepat sempuh dan adik adik beliau dapat belajar.... famliy yoram yoram ,azman dan YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

dari KULIM ke Kiulu

Segalanya kerana Donni Oleh SUBASHINI RAJANDRA subashini.rajandra@kosmo.com.my Sekumpulan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kulim, Kedah terus gigih berjuang mengumpul dana sebanyak RM250,000 demi kepentingan ‘anak-anak tersayang’ di Kiulu, Sabah. Begini bermulanya cerita yang ingin disampaikan. Pada 20 Mac 2007, akhbar Daily Express News di Sabah memaparkan sebuah artikel yang cukup menyayat hati. Sesiapa sahaja yang membacanya dapat membayangkan kedaifan hidup sebuah keluarga yang terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk terus bernyawa. Kisah itu menceritakan bagaimana enam orang adik-beradik dan ibu mereka sekadar 'kenyang' dengan menjamah bubur nasi dan sayur kangkung. Menyingkap kisah hidup mendiang Donni John Duin, 11, dia ialah seorang anak yang pendiam dan tidak bermasalah. Penderitaan yang terpaksa dilalui sejak bapanya disumbat masuk ke penjara akibat dadah begitu menyentuh hati. Menurut ibunya, Hina Joloni, 39, setiap kali pulang dari sekola