Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Di mana kalian sekarang????

Sketching Graphs of Quadratic Functions

QAP 47

Majlis Perpisahan Puan Hajah Juita

RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN TAMAN BAIDURI

RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN TAMAN BAIDURI No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 43800 Dengkil, Selangor SEBUAH RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BARU AKAN DIBUKA DI TAMAN BAIDURI, DENGKIL Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama ‘Taman Baiduri’ digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil. Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian. Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini. Rumah ini diwujudkan atas keprihatinan dan usaha untuk melihat anak-anak ini melalui zama