Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2008

Merdeka tahun 2009, 2010 bulan puasa

KUALA LUMPUR - Umat Islam di Malaysia bakal meraikan ulang tahun kemerdekaan negara dalam bulan puasa untuk selama dua tahun berturut-turut. Ini berdasarkan pengiraan tarikh sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2009 dan kemudiannya 2010 masing-masing dijangka jatuh pada 9 Ramadan 1430 dan 20 Ramadan 1431. Namun tinjauan ke atas beberapa laman web penukar tarikh kalendar Gregorian dan takwim Hijrah menunjukkan Hari Kemerdekaan pada 2011 disambut pada 1 Syawal 1432.

2009 BUDGET HIGHLIGHTS: What's in it for you BERNAMA

insidepix1 KUALA LUMPUR, FRI: These are the highlights of the 2009 Budget being announced by the Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi * Some 100,000 tax payers to be out of the tax net as rebate for taxable income of RM35,000 and below will be increased to RM400 from RM350 * Tax exemption for all interest income for individuals * Reduction of import duties for consumer durables (examples: blender, rice cooker, microwave oven and electric kettle) to between 5 percent and 30 percent from 10 percent and 60 percent * Import duty exemption on several food items including vermicelli, biscuits, fruit juices and canned sweet corn * Road tax for passenger vehicles with diesel engines to be similar with petrol engines effective Sept 1, 2008 * Tax exemption for employees on staff benefits such as subsidised interest on housing, motor vehicles and education loans * Bills of mobile and fixed line phones as well as internet paid by employers to be tax-exempted

Teks ucapan Bajet 2009

UCAPAN BAJET 2009 OLEH YAB DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DI DEWAN RAKYAT PADA 29 OGOS (JUMAAT) 2008 "KERAJAAN PRIHATIN" Tuan Yang Dipertua, SAYA mohon mencadangkan supaya suatu Rang Undang-Undang bertajuk "Suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Yang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2009 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua. ALHAMDULILLAH, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dari-Nya jua, saya dapat membentangkan Bajet 2009 di dewan yang mulia ini. Sejak 51 tahun yang lalu, kerajaan telah berjaya membawa kesejahteraan kepada rakyat, berlandaskan kepada prinsip perkongsian kuasa, mengutamakan kestabilan politik, berpegang kepada kesederhanaan dan mementingkan kemakmuran ekonomi. Sebenarnya, negara kita ADALAH antara negara yang paling stabil dan makmur di rantau ini. Kejayaan ini telah dicapai sungguhpun negara telah menghadapi pelbagai rintangan

Intipati Bajet 2009

Intipati Bajet 2009 KUALA LUMPUR: Berikut adalah intipati Bajet 2009, yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat, hari ini. # Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar. # Bertemakan Kerajaan Prohatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara. # Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik. JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL # Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatka

Tambang percuma setiap tahun

29/08/2008 4:31pm KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan akan menyediakan kemudahan percuma tambang pergi balik bagi kakitangan awam berkunjung ke wilayah asal pada setiap tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pada masa ini kakitangan kerajaan diberi kemudahan tambang pergi balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu di antara Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak. Bagi mengeratkan silaturrahim keluarga, kemudahan ini akan diberikan setiap tahun mulai 1 Januari 2009. - Utusan

Bil elektrik percuma kepada 1.1 juta isi rumah

29/08/2008 4:44pm KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kerajaan mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada isi rumah yang mempunyai bil elektrik kurang daripada RM20 sebulan berkuatkuasa 1 Oktober hingga akhir tahun 2009. Perdana Menteri berkata, kerajaan menanggung kos bil tersebut berjumlah RM170 juta untuk membolehkan 1.1 juta isi rumah mendapat manfaat ini. ``Ini sebagai satu langkah kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah di negara ini,’’ katanya. - Utusan

Bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam

29/08/2008 5:23pm KUALA LUMPUR 29 Ogos _ Kakitangan kerajaan akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar dua kali. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bonus itu akan dibayar pada September dan Disember. ``Kerajaan menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara,’’ katanya. - Utusan

Teks ucapan Bajet 2008

Teks ucapan Bajet 2008 UCAPAN BAJET TAHUN 2008 Oleh YAB DATO' SERI ABDULLAH BIN HJ. AHMAD BADAWI PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN KETIKA MEMBENTANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2008) DI DEWAN RAKYAT PADA 7 SEPTEMBER 2007 'BERSAMA MEMBINA NEGARA DAN MENIKMATI KEMAKMURAN' Tuan Yang DiPertua, Saya mohon mencadangkan supaya suatu Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2008 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua. PENDAHULUAN Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan kurniaNya, saya dapat membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2008 di Dewan yang mulia ini. Tahun 2007 ini merupakan tahun yang amat besar ertinya kepada kita semua kerana kita sama-sama menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara. Bajet 2008 adalah Bajet pertama dalam kita melangkah masuk f