Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

Tindakan nekad guru, pengawal selamatkan murid daripada lemas

KAMPAR: Tindakan nekad seorang guru dan tiga pengawal keselamatan terjun mengharung air deras dalam kegelapan malam menyelamatkan 19 murid daripada hanyut dalam kejadian jambatan runtuh di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di sini, malam tadi. Hanya cahaya samar lampu dari kawasan perkhemahan yang terletak di seberang tebing sungai berkenaan membantu usaha menyelamat itu. Suasana ketika itu kelam kabut dengan jeritan minta tolong dan tangisan murid yang berpaut pada tali jambatan, kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad, 38, hari ini. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, 22 murid terjatuh ke dalam Sungai Kampar ketika sedang menaiki jambatan gantung yang baru dibina dua minggu lalu itu untuk jamuan malam di SK Kuala Dipang. Kumpulan itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan yang terletak di tebing berdepan sekola

sukan......

Puteriku...

syukur kehadrat Illahi.... puteriku selamat dilahirkan oleh isteriku tersayang jam 2:29p.m. (26 Ogos 2009)... moga kami sekeluarga terus dimurahkan rezeki dan dirahmatiNYa.... amin

dari KULIM ke Kiulu

Segalanya kerana Donni Oleh SUBASHINI RAJANDRA subashini.rajandra@kosmo.com.my Sekumpulan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kulim, Kedah terus gigih berjuang mengumpul dana sebanyak RM250,000 demi kepentingan ‘anak-anak tersayang’ di Kiulu, Sabah. Begini bermulanya cerita yang ingin disampaikan. Pada 20 Mac 2007, akhbar Daily Express News di Sabah memaparkan sebuah artikel yang cukup menyayat hati. Sesiapa sahaja yang membacanya dapat membayangkan kedaifan hidup sebuah keluarga yang terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk terus bernyawa. Kisah itu menceritakan bagaimana enam orang adik-beradik dan ibu mereka sekadar 'kenyang' dengan menjamah bubur nasi dan sayur kangkung. Menyingkap kisah hidup mendiang Donni John Duin, 11, dia ialah seorang anak yang pendiam dan tidak bermasalah. Penderitaan yang terpaksa dilalui sejak bapanya disumbat masuk ke penjara akibat dadah begitu menyentuh hati. Menurut ibunya, Hina Joloni, 39, setiap kali pulang dari sekola

Al Fatihah buat bonda wa Sarah Mat Saad

moga allah merahmati hidupmu.. termasuk dalam golongan orang beriman.. amin.. Al Fatihah.

Keputusan PPSMI hasil perbincangan

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata semua pihak perlu sedar keputusan kerajaan berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan proses yang mudah dan mustahil untuk memuaskan hati semua. Bekas Menteri Pelajaran itu berkata, jika semua pihak melihat keputusan itu dalam konteks lebih luas berdasarkan kajian, fakta dan angka, mereka akan menganggap strategi baru memartabatkan bahasa Malaysia dan memantapkan bahasa Inggeris adalah wajar dalam konteks PPSMI. "Jadi, saya berasa lega keputusan dibuat selepas enam tahun kumpulan pertama melalui PPSMI. Pendekatan yang kita buat pun bersandar kepada realiti yang berlaku," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet peringkat kementeriannya, semalam. Hishammuddin berkata, beliau bersetuju dengan keputusan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi berpendapat banyak tugas perlu dilakukan, khususnya dalam konteks memperk

12 langkah mantapkan bahasa Inggeris

PUTRAJAYA 8 Julai - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 12 langkah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ia diluluskan Kabinet hari ini selaras dengan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berikut langkah-langkah tersebut: - Menambah seramai 13,933 guru Bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). - Menyediakan guru penolong BI gred DG41 bagi kelas besar melebihi 35 murid dalam tahun satu dan dua untuk meningkatkan masa perhubungan guru dan murid. - Menambah waktu BI bagi sekolah kebangsaan (SK) tahap satu sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua daripada 210 minit kepada 300 minit seminggu. - Waktu BI bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tami

Prestasi merosot punca bahasa ibunda diguna semula

SEKUMPULAN murid SK St. Thomas, Kuantan gembira dengan berita pemansuhan PPSMI yang diumumkan semalam. Muhyiddin PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuat kuasa pada 2012. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda mereka. Muhyiddin berkata, Kabinet juga meluluskan cadangan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. "Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak ia dimulakan pada 2003,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam. PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama muri

PPSMI dimansuh 2012

Oleh ZULKIFLI JALIL, ZABRY MOHAMAD dan THOMAS CHONG MUKTAMAD...Muhyiddin Yassin berkata sesuatu selepas mengumumkan keputusan Kabinet mengenai dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik pada sidang akhbar di Kementerian Pelajaran, Putrajaya, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (tengah) dan Ketua Pengarah Pelajaran, Alimuddin Mohd. Dom. – Utusan/Zaki Amiruddin PUTRAJAYA 8 Julai – Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012. Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003. Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan. Kerajaan juga menawarkan pende

Kementerian usaha atasi kekurangan guru lelaki

LANGKAWI: Kementerian Pelajaran mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian berhubung kekurangan guru lelaki, kata Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, antara pandangan yang dikemukakan termasuk mendapatkan insentif khas untuk menarik lebih ramai lelaki menceburi bidang perguruan. "Saya tidak kata akan kurangkan tahap kelayakan (menjadi guru), tapi kementerian akan cari jalan lain untuk kurangkan jurang itu walaupun ia mengambil masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Taman Geo Rimba Kilim di Ayer Hangat, di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Aminah Ayob, semalam yang melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu. Muhyiddin berkata, kekurangan guru di kalangan golongan lelaki bukanlah kerana diskriminasi jantina, sebaliknya realiti pada masa kini. Ka

Autobiografi Malcolm X sumber hidayah Amina

Susunan ZUARIDA MOHYIN Malcolm X MALCOLM X, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya bagi mereka yang mengikuti sejarah Amerika. Kisah kehidupan pemidato dan aktivis hak asasi manusia terkemuka ini, sentiasa menjadi pemangkin semangat serta idola sepanjang zaman, khasnya kepada golongan Afrika Amerika. Malah kisah penghijrahan akidah lelaki kelahiran Omaha, Nebraska ini atau nama Islamnya, El-Hajj Malik El-Shabazz turut menjadi sumber inspirasi serta titik perubahan akidah kepada pelbagai ras masyarakat di Amerika. Salah seorang daripadanya ialah gadis yang bernama Amina Cisse Muhammad Kata Amina, semuanya bermula semasa dia mengikuti pengajian bidang sosiologi di kolej kira-kira tahun 1970-an. Pada masa itu juga, dia dikehendaki membaca buku berjudul Autobiografi of Malcolm X, di mana Malcolm menjadi penulis bersama dengan Alex Haley. Akui gadis Afrika Amerika lagi, pengetahuannya tentang Islam sekadar menerusi buku teks yang digunakan oleh guru semasa peringkat sekolah re

Subjek teras dikurang

Oleh Syuhada Choo Abdullah choo@bharian.com.my Calon SPM boleh ambil lebih banyak mata pelajaran elektif ikut pengkhususan KUALA LUMPUR: Bilangan subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikurangkan kepada tiga atau empat, berbanding enam sekarang selaras keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran yang boleh diambil calon peperiksaan itu, mulai tahun depan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pengurangan subjek teras itu akan membolehkan calon SPM dalam semua aliran pendidikan, termasuk agama mengambil lebih banyak mata pelajaran elektif mengikut keperluan bidang pengkhususan dan minat masing-masing. Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral. "Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu. "

SMK DEMAK BARU- Sambutan Hari Guru

Digigit, diludah, ditendang

MENGUTAMAKAN kegigihan dan kejujuran dalam kerjaya menjadi prinsip wanita yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur ini dalam mendidik anak-anak istimewa. Tanpa kedua-dua aspek itu, Nurfadzilah Abu Samad, 33, mungkin tidak mampu berdepan dengan pelbagai kerenah dan kesukaran menjadi pendidik kepada kanak-kanak istimewa. "Saya pernah berputus asa dalam mengajar kanak-kanak istimewa ini dan tanggungjawab yang harus dipikul juga terlalu berat. "Bayangkanlah, ada pelajar yang baring di luar kelas, ada yang memukul dan menggigit saya kerana tidak memberi perhatian terhadapnya dan pelbagai cabaran lain," kata Nurfadzilah yang memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1994 di sekolah pendidikan khas cacat pendengaran di Jalan Peel, Cheras sebelum beralih ke Sekolah Menengah Danau Kota, Setapak dua tahun lalu. NORAZAH Abdul Aziz (kiri) begitu asyik melihat bongkah segi empat pada tangan Cikgu Nurfadzillah. Tambahnya, cabaran paling berat yang pernah dihadapinya adalah apabila seor

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik 2008