Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2008

Arca kenit

Arca kenit Oleh Bennie Zie Fauzi SEORANG lelaki yang dianggap lembap kerana menghidap disleksia memukau orang ramai dengan seni ukir paling halus. Willard Wigan dari Birmingham, England membuat kejutan luar biasa menerusi seni mikroskopik paling terperinci pernah dihasilkan manusia. Karya Wigan melampaui logik akal manusia kerana menghasilkan arca yang tidak dapat ditatap dengan mata kasar sebaliknya bantuan mikroskop diperlukan bagi menghayati keindahan objek itu yang berukuran tiga ribu kali halus berbanding sehelai rambut. Ia terlalu seni hingga boleh dimuatkan di celah lubang jarum, diletak di kepala jarum peniti, hujung bulu mata malah turut boleh mengisi sebutir pasir. Terpaksa mengawasi pernafasan, degup jantung selain pergerakan badan ketika mengukir SEJAUH MANA keupayaan manusia dalam menghasilkan kerja tangan yang cukup halus? Arca dan replika sebesar tapak tangan biasa ditemui manakala yang berukuran menyamai kuku sudah cukup mengundang perbualan hangat. Bagaimana pula sekir

Guru dapat aib

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad ahmadshahrul@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Hanya kerana memberi amaran kepada seorang murid akan melondehkan seluarnya, seorang guru terpaksa menerima aib ditahan empat anggota polis di kelas selepas perhimpunan pagi di sebuah sekolah elit, baru-baru ini. Lebih memeritkan apabila guru dari sebuah negeri di pantai barat itu terpaksa meringkuk semalaman di sebuah balai polis, di sini. Dia hanya dibebaskan selepas mendapatkan kerjasama seorang individu berpengaruh yang dikenalinya kira-kira jam 9 pagi. Kejadian bermula apabila guru lelaki lingkungan 30-an terbabit memberikan kata dua kepada murid tahun dua itu seluarnya akan dilondehkan kerana melanggar disiplin sekolah secara berulang. Murid itu, anak sebuah keluarga yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat, diberi amaran itu kira-kira jam 3 petang. Bagaimanapun, murid terbabit yang dikatakan sering menimbulkan masalah di kalangan rakan memaklumkan kepada bapanya yang turut mempunyai hubungan dengan pihak

Tun Mahathir keluar UMNO

19/05/2008 2:02pm ALOR STAR 19 Mei _ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO. Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin. Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini. - Utusan

Tun Dr Mahathir umum keluar Umno berkuatkuasa serta merta

ALOR STAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta. Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. "Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini hari ini. Bekas Presiden Umno itu juga berkata, beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara. "Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya. Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah itu, Dr Mahathir dengan waja

Perlawanan Persahabatan - Futsal08

Cuba lagi tahun depan..

Sambutan Hari Guru Peringkat SMKDB

Moga semua gembira...

Sukaneka Sempena Hari Guru SMKDB 2008

aksi-aksi hebat yooooohhhh best.. Gembira.... Meriah dan menghiburkan hati rakan guru..he he .

Biarku Menjadi Lilin-Pelangi

Biar Ku Menjadi Lilin - Pelangi Biarku menjadi lilin Memberikan cahaya Terangi sekeliling dengan diri terbakar Tak siapa yang sedar Disaat kegelapan rela aku berkorban Demi satu harapan Biar masa berlari Dan kau terus mendaki Aku tenang disini dengan sabar menanti Tanpa dendam dan benci Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur Kurawat biar sembuh Aku tak kan bertanya Apakah nanti balasannya Setiap pengorbanan setiap pemberian Demi satu ikatan Keikhlasan dihati Walaupun kau ragui Pada suatu masa dan suatu ketika Akan ketara jua Biarku menjadi lilin Memberikan cahaya Saat kau kesepian saat kau kegelapan Kurela menerangkan Aku senang begini dapat terus berbakti Dengan cara sendiri

Larian Amal Hari Guru Sempena 45 Tahun Sarawak Merdeka dalam Malaysia

.