Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2008

Ghani: The rod should be used in schools

By Peter Sibon KUCHING: The concept “spare the rod, respect the child” cannot be used in Malaysian schools because it is not only impractical but could also create chaos. Sarawak Teachers’ Union (STU) president William Ghani Bina (picture) said in fact the concept should not be used in Western schools as well if one were to look at the number of shooting and other violent incidents happening in western countries in recent times. He told Eastern Times yesterday that caning and other corporal punishment should be seen as a deterrent and not humiliation. In the same vein, caning should be viewed as a form of education and not punishment per se. Things will go haywire “Just look at the number of shooting cases in some Western schools. If we give in to the students and allow them to do what they want in school, things will go haywire. “It would be different, however, if the children were already well-disciplined by their parents at home. “But that is seldom the case as most parents leave t

Wish comes true for leukaemia boy’s family

Yoram Reman (second right) with his father, Reman Paren (right), mother Limin Scot (left), and sister Era looking at the foodstuff donated by well-wishers. PHOTO: JOHN CHAN By Johnson Kadam KUCHING: Life in the city for the family of leukaemia-stricken Penan boy, Yonam Reman, is now more bearable, thanks to the generosity of Kuching Central Rotary Club and KKB Engineering Berhad. They can now cook anytime they want because the Rotarians and the public-listed company yesterday gave them what they had wished for – a gas cylinder, stove and cooking utensils. Yonam, 14, is presently being treated at the Sarawak General Hospital. He has been here since August, and doctors have told his family that they may need to stay behind for at least another six months. Accompanying him here are his father, Reman Paren, 48, mother, Limin Scot, 33, sisters Rosita,10, Christina, 8, and Era, 4, and cousin Josephine Jiki, 17. They are putting up at the Sarawak Children’s Cancer Society (SCCS) centre. Reman

Leukaemia boy family seeks help

Yonam seated (infront) with his family at Sarawak Children Cancer Society centre at Jalan Maxwell. By Wilfred Pilo KUCHING: The family of leukaemia-stricken Penan boy, Yonam Reman, is experiencing a torrid time living in the city while caring for him, and has turned to members of the public for a helping hand. Their predicament is understandable because Yonam’s family comes from Long Napir, Ulu Limbang, a remote part of the state. “If I am at my village, I do not have to face all the problems I am experiencing now because I have lots of relatives to give me a helping hand. But, here in the city, I have to shoulder all these burden,” lamented Yonam’s father Reman Paren. Besides Reman, 48, his wife Limin Scot, 33, is also in town to care for their 14-year-old son. Accompanying them are their daughters Rosita,10, Christina, 8, and Era, 4. Tagging along is Reman’s niece Josephine Jiki,17. They have been here since last August and are presently staying at the Sarawak Children Cancer Society

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Oleh Ziauddin Sharuddin zia@bharian.com.my Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains. HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing. Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Dr Fatimah

Janji Cikgu

Puisi : Janji Cikgu Hidup seorang guru sungguh bahagia Terkenang jasa diluput tidak Tapi pena orang luar Bila berbicara soal guru Aku menjawab tenang Orang kata guru itu payah Siang pergi malam kerja Aku kata guru itu mudah Siang bergaji malam bahagia Pagi tak pernah rugi Malam tidurpun selesa Orang kata guru itu penat Gaji tak seberapa kerja berlambak Aku kata guru itu rehat Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat Ilmu yang dicurah tak dapat disekat Makin dicurah makin mendekat Orang kata guru itu sungguh bosan Setiap tahun muka sama setiap bulan Aku kata guru itu singguh riang Sekali berkata murid ketawa girang Bila berjaya murid terus menjulang Jasa bakti tak pernah hilang Orang kata guru itu sepi Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi Aku kata guru itu "happy" Jasa bakti dipercayai Masuk kedalam hutan untuk berbakti Pada bangsa anak pertiwi Agak kelak menabur bakti Setelah keluar dari

Guru Oh Guru

Puisi : Guru Oh Guru SN Dato' Usman Awang Guru Oh Guru .................. Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum manjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu

'Tiada kompromi pelajar biadab'

Oleh Adha Ghazali dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my Menteri beri amaran ambil tindakan tegas susulan kejadian guru ditendang KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau tidak akan berkompromi atau berlembut dengan pelajar yang biadap terhadap guru. Beliau yang amat marah dengan kejadian guru di Kangar, Perlis dibelasah pelajar Tingkatan Dua termasuk diterajang berkali-kali pada perut, kelmarin, berkata tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka. "Saya marah dengan kejadian ini. Saya tidak akan kompromi dengan pelajar kurang ajar dan biadab terhadap guru," katanya kepada Berita Harian, semalam. Sebelum kejadian jam 10 pagi di Sekolah Menengah Perlis (SMP), guru terbabit, Azahana Ibrahim, 27, dikatakan menegur pelajar perempuan berkenaan berhubung kelewatan menghantar tugasan, terutama kandungan perkataan 'gila babi' yang diconteng pada kerja kursus. Pelajar itu yang tidak puas hati dengan teguran Azahana kemudian membela

Matematik lebih menyeronokkan

FAMILI Perkenalkan angka dalam permainan anak anda asalkan dia rela tetapi bagaimanakah ini boleh dilakukan? KUNCI kepada kemahiran mengira bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah adalah mengenali nombor-nombor asas dari satu ke lima sebelum memasuki peringkat lebih tinggi. Ini termasuk menyusun nombor mengikut urutan, menghitung objek satu persatu atau menolak serta menambah nombor. Paling penting adalah bagaimana untuk meletakkan kemahiran ini ke dalam konteks pengiraan atau menyelesaikan sesuatu masalah sebenar. Di sekolah, masalah matematik diajar menggunakan bahasa matematik dan kemahiran menyelesaikan masalah. Tetapi, apa yang lebih penting adalah mengajar anak tentang nombor dan matematik melalui kaedah yang lebih bermakna dan menyeronokkan. Ramai ibu bapa tidak tahu bahawa kemahiran mengira boleh dikaitkan dengan kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh si anak. OBJEK-OBJEK yang dikira boleh ditambah atau dikurangkan dari semasa ke semasa untuk mengajar anak tentang penamba

Pelajar pukul cikgu

Oleh Syed Ridzuwan Syed Ismail KANGAR 16 Okt. - Dua orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini didakwa menendang dan memukul seorang guru Fizik berusia 27 tahun setelah dipercayai tidak puas hati dengan tugasan kerja kursus yang diberikan kepada mereka. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kedua-dua pelajar tingkatan dua itu dikatakan dipanggil guru berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkataan kesat yang ditulis dalam kertas kerja kursus yang dihantar. Menurut seorang guru sekolah tersebut yang enggan dikenali, kejadian berpunca daripada keengganan pelajar itu untuk menghantar tugasan yang diberikan kepada mereka beberapa minggu lalu. Katanya, pelajar itu gagal menghantar tugasan yang diberikan dan hanya menghantar kepada guru tersebut hari ini selepas diminta berulang kali. "Tetapi apabila tugasan dihantar terdapat perkataan kesat ditulis dalam buku tugasan mereka dan guru itu memanggil dua orang pelajar tersebut untuk mendapatkan

Peringatan Raja Melayu

KUALA TERENGGANU 16 Okt. — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah , Sultan Abdul Halim Muadzam Shah . Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini. Keistimewaan “Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan ist

Guru wanita dakwa ditendang pelajar perempuan

KANGAR: Seorang guru wanita mendakwa ditendang di perut oleh seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua ketika dia sedang mengajar di sekolahnya di sini, hari ini. Azhana Ibrahim berkata, beliau diserang pelajar itu kira-kira jam 10 pagi berikutan tindakannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pelajar itu tentang perkataan 'gila babi' yang tertulis di belakang satu folio yang diarahkannya. Pelajar itu bersama seorang lagi pelajar perempuan yang menemui guru itu memanggil rakan mereka selepas berlaku pertengkaran dengan guru itu. Ketika semakin ramai rakan pelajar itu datang, guru berkenaan ditendang sebelum lari menyelamatkan diri. Guru itu kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Kangar selepas waktu persekolahan pada tengah hari kerana bimbang diancam pelajar itu. Beliau yang sudah lima tahun berkhidmat sebagai guru berkata, insiden itu adalah yang pertama ditempuhinya sepanjang perkhidmatannya. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah mengesahkan mener

10 (More) Reasons You're Not Rich

by Jeffrey Strain Wednesday, October 1, 2008provided byTheStreet.com Many people assume they aren't rich because they don't earn enough money. If I only earned a little more, I could save and invest better, they say. The problem with that theory is they were probably making exactly the same argument before their last several raises. Becoming a millionaire has less to do with how much you make, it's how you treat money in your daily life. More from TheStreet.com: • A Defensive Strategy That Works • 2 Simple Steps to Future Wealth • We All Just Learned an Expensive Lesson The list of reasons you may not be rich doesn't end at 10. Caring what your neighbors think, not being patient, having bad habits, not having goals, not being prepared, trying to make a quick buck, relying on others to handle your money, investing in things you don't understand, being financially afraid and ignoring your finances. Here are 10 more possible reasons you aren't rich: You care what y

Projek nilai tambah baru dihenti seketika

PARIS 8 Okt. - Projek nilai tambah baru yang dilihat sebagai 'mewah' dalam sistem pendidikan negara akan dihentikan sementara berikutan kebimbangan mengenai keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein(gambar). Beliau berkata, kementerian akan mengamalkan perbelanjaan berhemah iaitu peruntukan perlu dimanfaatkan untuk keperluan projek pendidikan yang asas dan mendesak. Katanya, projek nilai tambah seperti pertandingan robotik peringkat dunia dan pertandingan reka cipta F1 yang memerlukan teknologi baru akan dihentikan sementara kerana peruntukan untuk projek itu boleh disalurkan kepada projek yang lebih mendesak. "Ia adalah pendekatan dan projek yang baik tetapi memerlukan pelaburan dan ia agak mewah berbanding membina sekolah. Ia bukan diketepikan terus tetapi tidak perlu perluaskan buat masa ini. Kena fahamlah kerana kita ada keperluan yang lebih penting," katanya di sini hari ini. Hishammuddin berkata, walaup

Pengeluar diarah musnah roti ada melamin

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengarahkan pengeluar dan pengguna roti Vigour 888 Filling Roll (sergestid Shrimp Flavour) memusnahkan produk berkenaan kerana didapati melebihi standard bagi melamin. Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Nasir Mohd Ashraf, berkata selepas diuji oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian, sampel makanan itu didapati mengandungi 4.71 bahagian setiap juta (ppm), sedangkan syarat yang dibenarkan kementerian ialah 0 ppm melamin. “Kementerian sudah mengenal pasti produk serta syarikat itu, dan mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk memusnahkan produk berkenaan. “Syarikat itu juga diarahkan menarik balik produk berkenaan daripada pasaran,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Sementara itu, Mohd Nasir berkata, Kementerian Kesihatan mendapati 14 lagi sampel produk makanan yang diuji mematuhi standard bagi melamin. Produk makanan itu ialah Minis Milk Chocolate (M&M’s), Peanut Chocolate (M&M’s), Leisure Seawee

Produk White Rabbit Creamy Candy disah positif melamin

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua rangkaian produk White Rabbit Creamer Candy dan Ego White Rabbit Creamy Candy ditarik balik dari pasaran serta dimusnahkan setelah dianalisis positif mengandungi melamin. Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan ujian yang dilakukan makmal kesihatan kementerian yang mendapati produk itu mengandungi melamin melebihi standard iaitu 135 bahagian per sejuta. “Jadi kementerian mengeluarkan arahan serta-merta bagi mana-mana pasar raya untuk menarik balik produk yang tercemar itu daripada rak-rak di pasar raya mereka sebagai langkah keselamatan dalam melindungi pengguna. “Kementerian juga telah mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kesihatan negeri untuk memusnahkan produk berkenaan. Kegagalan berbuat demikian, pengusaha boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1983,” katanya kepada pemberita selepas melawat Makmal Kesihatan Awam Sungai Buluh, dekat sini, hari ini. Liow berkata setiap produk ya

Hari guru mungkin disambut dua kali setahun

06/10/2008 4:48pm KUALA TERENGGANU 6 Okt. — Golongan guru di negara ini mungkin menyambut Hari Guru sebanyak dua kali dalam setahun, berikutan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut mengistiharkan Hari Guru Sedunia pada 5 Nov. Bagaimanapun persatuan-persatuan dan majlis berkaitan guru di negara ini masih berbincang sama ada untuk menyambut Hari Guru sebanyak dua kali, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail. Sambutan Hari Guru di negara ini disambut pada 16 Mei setiap tahun. “Tarikh sambutan Hari Guru Sedunia telah diisytihar oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan PBB baru-baru ini,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata kementeriannya tidak mempunyai masalah untuk mengadakan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan dan dunia. “Kedua-duanya tetap sama iaitu untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik,” katanya. — BERNAMA