Skip to main content

'Tiada kompromi pelajar biadab'

Oleh Adha Ghazali dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my

Menteri beri amaran ambil tindakan tegas susulan kejadian guru ditendang

KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau tidak akan berkompromi atau berlembut dengan pelajar yang biadap terhadap guru.

Beliau yang amat marah dengan kejadian guru di Kangar, Perlis dibelasah pelajar Tingkatan Dua termasuk diterajang berkali-kali pada perut, kelmarin, berkata tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka.

"Saya marah dengan kejadian ini. Saya tidak akan kompromi dengan pelajar kurang ajar dan biadab terhadap guru," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum kejadian jam 10 pagi di Sekolah Menengah Perlis (SMP), guru terbabit, Azahana Ibrahim, 27, dikatakan menegur pelajar perempuan berkenaan berhubung kelewatan menghantar tugasan, terutama kandungan perkataan 'gila babi' yang diconteng pada kerja kursus.

Pelajar itu yang tidak puas hati dengan teguran Azahana kemudian membelasah guru terbabit sebelum menendang perutnya beberapa kali.

Hishammuddin berkata, Jawatankuasa Disiplin yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail akan mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, di KANGAR, pelajar yang terbabit dalam kejadian berkenaan digantung sekolah selama seminggu berkuat kuasa serta-merta.

Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, berkata keputusan itu dibuat Jawatankuasa Disiplin Sekolah yang bersidang pagi semalam.

Mansor berkata, hanya seorang pelajar digantung walaupun keterangan saksi termasuk rakaman klip video ketika kejadian menunjukkan dua pelajar terbabit dalam kejadian itu.

"Pihak sekolah sudah mengambil keterangan kedua-dua pelajar terbabit dan hanya seorang dikesan terbabit, manakala seorang lagi meleraikan kejadian itu.

"Kita menggantung persekolahan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan dan tindakan akan diputuskan selepas siasatan selesai," katanya.

Mansor ketika mengulas kejadian itu berkata, pihaknya kesal dengan apa yang berlaku, apatah lagi ia membabitkan guru dan pelajar.

Mansor ketika ditanya mengenai dakwaan kegiatan gangsterisme di SMP pula bagaimanapun menafikan aktiviti sedemikian wujud di sekolah berkenaan.

Sementara itu, di KUALA TERENGGANU, Jawatankuasa Permaufakatan Jabatan Pelajaran Perlis sudah mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan kes berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata kementerian memandang serius perkara itu kerana mencabar profesion keguruan selain kejadian yang tidak dapat diterima kerana guru diaibkan di depan pelajar sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp...

YORAM DILAWATI OLEH YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

salam buat rakan pembaca.. pada hari ini saya berasa amat berterima kasih kepada YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN kerana dengan izinNYA pada hari ini bermulanya detik yang baik untuk Yoram..Yb dengan berbesar hati sudi untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara yang perlu.. terima kasih Yb.. Semoga Yb terus dirahmati Allah selamanya. Amin.. Moga Yoram akan cepat sempuh dan adik adik beliau dapat belajar.... famliy yoram yoram ,azman dan YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

Laila Taib meninggal- Al Fatihah

Oleh FAUZI JAAFAR dan SOPIE SAMAILE utusansarawak@utusan.com.my KENDERAAN yang membawa Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak selepas menziarahi jenazah Allahyarham Laila Taib di Kuching, Sarawak, semalam. KUCHING 29 April - Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada pukul 3.40 petang ini di kediaman mereka di Demak Jaya di sini akibat kanser. Laila, 68, meninggalkan suami dan empat anak termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman serta 15 cucu. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam kenyataannya memberitahu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya pada pukul 11.30 pagi esok. Beliau berkata, orang ramai yang ingin menziarahi jenazah Allahyarham boleh berbuat demikian sebelum pukul 11 pagi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang dalam lawatan rasmi dua hari ke si...