Skip to main content

Pengeluar diarah musnah roti ada melamin

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengarahkan pengeluar dan pengguna roti Vigour 888 Filling Roll (sergestid Shrimp Flavour) memusnahkan produk berkenaan kerana didapati melebihi standard bagi melamin.

Ketua Setiausahanya, Datuk Mohd Nasir Mohd Ashraf, berkata selepas diuji oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian, sampel makanan itu didapati mengandungi 4.71 bahagian setiap juta (ppm), sedangkan syarat yang dibenarkan kementerian ialah 0 ppm melamin.

“Kementerian sudah mengenal pasti produk serta syarikat itu, dan mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk memusnahkan produk berkenaan.

“Syarikat itu juga diarahkan menarik balik produk berkenaan daripada pasaran,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Nasir berkata, Kementerian Kesihatan mendapati 14 lagi sampel produk makanan yang diuji mematuhi standard bagi melamin.

Produk makanan itu ialah Minis Milk Chocolate (M&M’s), Peanut Chocolate (M&M’s), Leisure Seaweed Biscuits (Golden Fuji Food), Rice Crackers(Want Want), Chicken Flavour Cracker (Golden Fuji), Burnedmeat Flavour Biscuit @ Cui Mei Si(Golden Fuji).

Turut didapati mematuhi standard melamin ialah Baby Bites Chicken With Vegetable Taste (Baby Bites), Chocolate Cream Biscuits (Sanwa) Milk Chewy Candy (Want Want), Seawees Wheet Biscuits (For Seas), Rice Crisps BBQ (Daysun), Rice Crisps Sour Cream & Onion (Daysun) dan Gula Udang (KIKI).

Mohd Nasir berkata, sekiranya pengguna masih ragu-ragu, mereka boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833455, 88833652, 88833503 dan 88833500.

“Talian ini dibuka dari jam 8 pagi sehingga 9 malam termasuk hari cuti umum,” katanya sambil menambah orang ramai juga boleh melayari laman web kementerian di http://fsq.moh.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, menurutnya sehingga semalam, 780 produk makanan bernilai RM769,424.90 disita daripada pasaran tempatan di seluruh negara. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp

SPM 2011: 1,609 pelajar dapat 9 A+ hingga 12 A+ ditawar bursary

Azman Salleh SPM 2011: 1,609 pelajar dapat 9 A+ hingga 12 A+ ditawar bursary 10 April 2012 KUALA LUMPUR - Semua 1,609 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9 A+ hingga 12 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 ditawarkan "bursary" (bantuan kewangan pengajian) secara automatik untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan atau prauniversiti dalam negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan kewangan itu disediakan Kementerian Pelajaran untuk pengajian di peringkat prauniversiti sebelum pelajar melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata tawaran bantuan kewangan pengajian kepada 1,020 pelajar yang memperoleh 9A+, 492 pelajar 10A+, 90 pelajar 11 A+ dan tujuh pelajar 12 A+ adalah secara automatik tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang itu adalah tanda keprihatinan kerajaan mengiktiraf kecemerlangan pelajar berkenaan. "K

Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam

PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. * Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. * Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan. * Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus). * Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM. * Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B m