Skip to main content

Pendaftaran Online untuk Reunion Dinner Matrix USM Penang Batch 88-90

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Harap semua rakan/sahabat kaum ibu/kaum bapa semua sihat ceria!
Pendaftaran Online untuk Reunion Dinner Matrix USM Penang Batch 88-90 dengan ini dibuka sekarang. Mohon sokongan semua di kalangan kita untuk mendaftar dan memeriahkan Majlis ini, serta memaklumkan kepada semua rakan-rakan kita yang lain untuk turut bersama dalam Reunion Dinner pertama kali untuk semua bakas Pelajar Matrikulasi USM 88-90. Tuan/Puan boleh register seorang atau datang berdua atau bertiga (untuk makluman, bayaran adalah RM80/pax) !
Sila gunakan Web Rasmi Majlis ini >>> http://www.carwinsolutions.com/event/ <<<>
(kuatkan sikit volum, boleh dengar lagu masa register). Kita akan tutup pendaftaran ini pada Jumaat 23 Mei 2008 untuk membolehkan urusan akhir persiapan Majlis dilaksanakan.
Semoga usaha kecil kami ini mendapat sokongan semua untuk menjayakannya. Kerjasama semua untuk panjang-panjangkan dan link emel ini ke blog / web /group masing-masing. Terimakasih.
Kita berjumpa 30 Mei 2008 nanti!
yang menjalankan tugas,
tajudin (017-882 4875)

Comments

tajudin said…
bro, tqvm. register & upload gambar hang paling hensem...ha ha ha.
azman salleh said…
ha ha,, din... tolong cari sapa boleh bawa aku dan leeza dari putra jaya ke singgah sana?????
tajudin said…
tak pe, just letak your request online, hope some one geng2 matrix will read and respond.
azman salleh said…
ok greng,,, aku dan leeza insya allah,,, hang try cari cari sapa dari kawasan putrajya,,, aku tumpang.. kalau tak aku minta ex student aku hantar.,..
hzinue said…
kebetulan pulak adik aku bertunang pada tarikh tu, terlepas peluang nak jumpa geng2 lama.
azman salleh said…
hzinue.. boleh tahu ke siapa ni?? tengok dalam profile tak jumpa..malam dah selesai ke majlis tunang tu...boleh join malam.. 2 majlis besar sekali..KENANGAN INDAH TU!!!!!!

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp...

YORAM DILAWATI OLEH YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

salam buat rakan pembaca.. pada hari ini saya berasa amat berterima kasih kepada YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN kerana dengan izinNYA pada hari ini bermulanya detik yang baik untuk Yoram..Yb dengan berbesar hati sudi untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara yang perlu.. terima kasih Yb.. Semoga Yb terus dirahmati Allah selamanya. Amin.. Moga Yoram akan cepat sempuh dan adik adik beliau dapat belajar.... famliy yoram yoram ,azman dan YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

Laila Taib meninggal- Al Fatihah

Oleh FAUZI JAAFAR dan SOPIE SAMAILE utusansarawak@utusan.com.my KENDERAAN yang membawa Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak selepas menziarahi jenazah Allahyarham Laila Taib di Kuching, Sarawak, semalam. KUCHING 29 April - Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada pukul 3.40 petang ini di kediaman mereka di Demak Jaya di sini akibat kanser. Laila, 68, meninggalkan suami dan empat anak termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman serta 15 cucu. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam kenyataannya memberitahu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya pada pukul 11.30 pagi esok. Beliau berkata, orang ramai yang ingin menziarahi jenazah Allahyarham boleh berbuat demikian sebelum pukul 11 pagi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang dalam lawatan rasmi dua hari ke si...