Skip to main content

Tahniah buat sepupuku!!!!

773 terima anugerah kebesaran Sultan Perak

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar

IPOH: Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad mengetuai senarai 773 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke-80, hari ini.

Abdul Hamid, 66, penerima tunggal Darjah Seri Paduka Mahkota Cura Si Manja Kini yang membawa gelaran Datuk Seri. Majlis penganugerahan akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini.

Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin adalah antara tujuh penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.


Penerima SPMP lain ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chuan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi; Orang Kaya Menteri Paduka merangkap Orang Besar Jajahan, Larut, Matang dan Selama, Datuk Dr Wan Mohd Isa Wan Ahmad Shukri; Pengerusi Bernama, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini; Pengerusi Bank Muamalat, Datuk Ismail Shahudin dan pesara guru, Datuk Selvamany al Navachitra Soudamany.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin menerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang juga membawa gelaran Datuk Seri.

Dua penerima Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini yang membawa gelaran Datuk ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Ahmad Kamal Md Shahid dan Naib Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Aminah Ayob.

Exco Kanan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Ngeh Koo Ham menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang turut membawa gelaran Datuk. Ngeh dipercayai ahli DAP pertama menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Penerima DPMP lain ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Mohd Jamal Mahussin; Pegawai Daerah Kinta, Razali Othman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Mohd Shafie Arifin; Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Perak, Abdul Razak Dahalan dan Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan.

Naib Pengerusi, United Plantations Berhad, Carl Bek-Nielsen; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Muhamad Rasat Muhamad; Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Prof Dr Radin Umar Radin Suhadi; aktivis Tabung Hidupan Liar (WWF), Dr Dionysius Shankar Kumar Sharma dan penggiat seni teater, Zahim Al Bakri Ikmal Hisham Hariri.

Setiausaha Jawatankuasa Penasihat Forum, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amarjit Singh Gill, 29, adalah penerima termuda DPMP.

Turut dianugerahkan DPMP ialah Timor Shah Rafiq (California, Amerika Syarikat); Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Namibia, Hayati Ismail; Datuk Dr Sivamohan a/l Namasivayam dan Dr Musa Mohd Nordin (kedua-duanya dari Hospital Pakar Damansara); Pakar Ortopedik dan Traumatologi Hospital Ipoh, Dr Balakrishnan a/l Ratnam; Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Abdul Puhat Mat Nayan; Pakar Bedah Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Abdul Fahmi A Karim; Orang Besar Jajahan, Sulaiman Mohd Nawi.

Pengerusi Eksekutif, TMI-Nusantara Consultant, Thasleem Mohamed AM Ibrahim; Pakar Kaji Penyakit, Pusat Darah Negara, Dr Faraizah Abdul Karim; Pengarah Perak Teamwork Sdn Bhd, Hew Choy Khoun @ Hew Choy Kon; Ketua Pengarah Perhebat, Mohd Najri Abd Hamid; Lee Sen Pin; peguam Azlin Ahmad Shaharbi; Pengarah Urusan Caelygirl, Chuah Chin Lai dan Ling Wei Feng (Persatuan Daybreak).

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah adalah antara empat penerima Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima lain DPTS ialah Brig Jen Dr Hussin Zainal Abidin (Hospital Angkatan Tentera); Brig Jen Mior Safian Saidin (Jabatan Ukur dan Pemetaan) dan Laksamana Pertama Mohd Som Ibrahim (Kementerian Pertahanan).

Seramai 10 individu lain menerima Darjah Paduka Cura Si Manja Kini, Darjah Paduka Mahkota Perak (63), Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (18), Darjah Ahli Mahkota Perak (147), tauliah Jaksa Pendamai (lapan), Pingat Pekerti Terpilih (199), Pingat Jasa Kebaktian (272) dan Pingat Lama Perkhidmatan (11).

Comments

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp

SPM 2011: 1,609 pelajar dapat 9 A+ hingga 12 A+ ditawar bursary

Azman Salleh SPM 2011: 1,609 pelajar dapat 9 A+ hingga 12 A+ ditawar bursary 10 April 2012 KUALA LUMPUR - Semua 1,609 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9 A+ hingga 12 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 ditawarkan "bursary" (bantuan kewangan pengajian) secara automatik untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan atau prauniversiti dalam negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan kewangan itu disediakan Kementerian Pelajaran untuk pengajian di peringkat prauniversiti sebelum pelajar melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata tawaran bantuan kewangan pengajian kepada 1,020 pelajar yang memperoleh 9A+, 492 pelajar 10A+, 90 pelajar 11 A+ dan tujuh pelajar 12 A+ adalah secara automatik tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang itu adalah tanda keprihatinan kerajaan mengiktiraf kecemerlangan pelajar berkenaan. "K

Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam

PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. * Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. * Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan. * Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus). * Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM. * Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B m