Skip to main content

Intipati Bajet 2009

Intipati Bajet 2009

KUALA LUMPUR: Berikut adalah intipati Bajet 2009, yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat, hari ini.

# Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

# Bertemakan Kerajaan Prohatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

# Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL

# Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

# Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Jan, 2009.

# Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

# Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 Sept, 2008.

MEMBASMI KEMISKINAN

# Kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

# Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaik pulih 1,000 rumah.

# Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutama untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan RM420 juta untuk Sarawak.

# Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Okt, 2008 sehingga akhir 2009.

MENINGKATKAN PENDAPATAN BOLEH GUNA RAKYAT

# Kerajaan cadangkan rebat cukai RM350 seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah.

# Kerajaan cadangkan pendapatan faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai.

# bagi menangani kesan kenaikan harga barangan pengguna, kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di antara 10 peratus dan 60 peratus kepada di antara lima peratus dan 30 peratus.

# Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 Sept, 2008.

MENJAMIN KEBAJIKAN PEKERJA

# Kerajaan akan memberi pengecualian cukai sepenuhnya kepada eluan perjalanan pekerja antara rumah dan tempat kerja yang diberikan oleh majikan manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengeculian cukai sehingga RM2,400 setahun.

# Kerajaan cadang memberi pengecualian cukai kepada majikan keatas manfaat yang dinikmati pekerja seperti bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga RM300,000 perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan, telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan Internet yang dibayar oleh majikan, nilai diskaun sehingga RM1,000 setahun ke atas barangan jualan syarikat yang ditawarkan kepada pekerja, nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang ditawarkan kepada pekerja dan elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun bagi anak-anak pekerja.

# Pengecualian cukai keatas manfaat perubatan yang disediakan oleh majikan tidak merangkumi perbelanjaan materniti. Kerajaan mancadangkan memperluaskan pengecualian cukai kepada perbelanjaan materniti.

# Kakitangan kerajaan yang diberi kemudahan tambang pergi balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu diantara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak, mulai 1 Januari 2009 boleh berbuat demikian sekali setahun.

MENAMBAH BAIK PENGANGKUTAN AWAM

# Jumlah bas RapidPenang akan ditambah dengan 200 bas lagi dan dengan ini perkhidmatan bas tersebut dijangka dapat diperluaskan lagi dengan 14 jaringan laluan baru.

# Untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, sebanyak RM35 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2014.

# Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Kelang, satu laluan LRT baru sepanjang 42km akan dibina dari Kota Damansara ke Cheras.

# Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd akan dipertingkatkan.

# Kerajaan juga sedang membina terminal pengangkutan bersepadu di Bandar Tasik Selatan bertujuan menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung.

# Bagi menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan utara Semenanjung, satu terminal pengangkutan bersepadu yang baru akan dibina.

# Menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd untuk membiayai perolehan aset bas dan rel

# Mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun bermula 15 September 2008.

# Pengusaha semua bas diberi pengeculaian cukai jualan ke atas pembelian bas baru yang dipasang dalam negara.

# Selain itu, cukai jalan dikurangkan kepada RM20 setahun bagi semua bas dan teksi, termasuk kereta sewa dan limosin.

# Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem pengangkutan pengangkutan awam.

Comments

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp

SPM 2011: 1,609 pelajar dapat 9 A+ hingga 12 A+ ditawar bursary

Azman Salleh SPM 2011: 1,609 pelajar dapat 9 A+ hingga 12 A+ ditawar bursary 10 April 2012 KUALA LUMPUR - Semua 1,609 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9 A+ hingga 12 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 ditawarkan "bursary" (bantuan kewangan pengajian) secara automatik untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan atau prauniversiti dalam negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan kewangan itu disediakan Kementerian Pelajaran untuk pengajian di peringkat prauniversiti sebelum pelajar melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata tawaran bantuan kewangan pengajian kepada 1,020 pelajar yang memperoleh 9A+, 492 pelajar 10A+, 90 pelajar 11 A+ dan tujuh pelajar 12 A+ adalah secara automatik tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang itu adalah tanda keprihatinan kerajaan mengiktiraf kecemerlangan pelajar berkenaan. "K

Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam

PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. * Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. * Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan. * Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus). * Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM. * Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B m