Skip to main content

Amaran firma guaman jangan taja majlis buka puasa

PUTRAJAYA 7 Ogos - Firma guaman diingatkan supaya tidak menaja majlis berbuka puasa kepada mana-mana kakitangan mahkamah sepanjang Ramadan nanti sebagai balasan mempercepatkan pengeluaran dokumen mereka.

Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, rasuah di mahkamah adalah satu perkara yang tidak boleh diterima walau dalam bentuk apa sekali pun.

''Saya harap tiada firma guaman menaja majlis buka puasa sebagai balasan untuk mempercepatkan pengeluaran dokumen mereka atau mengambil hati kakitangan mahkamah.

''Mengapa rosakkan ibadat puasa dengan berbuka dengan makanan dan minuman yang diperoleh menerusi cara haram atau syubhah?'' tanya beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Khidmat Cemerlang Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi dan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff.

Menyifatkan ucapan kali ini sebagai terakhir sebelum bersara Oktober ini, Abdul Hamid mengingatkan kakitangan mahkamah supaya tidak melobi untuk meningkat dalam kerjaya.

''Malah, dalam hidup kita pun, kita tidak perlu melobi dan berkonspirasi untuk menjatuhkan orang lain dan menaikkan diri sendiri," katanya.

Kata beliau, apa yang penting ialah menjalankan tugas bersungguh-sungguh serta jujur dan menyerahkan soal ganjaran kepada Allah SWT.

''Jika kita tidak mendapat apa yang kita idamkan, mungkin ada hikmahnya. Mungkin kita tidak layak menerimanya.

''Tidak memperoleh sesuatu yang kita tidak layak terima adalah lebih baik daripada menerima penghinaan kerana meraih sesuatu yang kita tidak layak terima, apatah lagi dengan cara yang batil," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp...

YORAM DILAWATI OLEH YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

salam buat rakan pembaca.. pada hari ini saya berasa amat berterima kasih kepada YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN kerana dengan izinNYA pada hari ini bermulanya detik yang baik untuk Yoram..Yb dengan berbesar hati sudi untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara yang perlu.. terima kasih Yb.. Semoga Yb terus dirahmati Allah selamanya. Amin.. Moga Yoram akan cepat sempuh dan adik adik beliau dapat belajar.... famliy yoram yoram ,azman dan YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN