Skip to main content

Tawar sejuta tiket percuma

Tawar sejuta tiket percuma

KUALA LUMPUR 4 Mei – Bermula esok, Malaysia Airlines menawarkan sejuta tiket percuma ke semua destinasi penerbangan domestik menerusi produk terbarunya ‘Harga Rendah Setiap Hari’.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Idris Jala berkata, syarikat penerbangan kebangsaan itu memperuntukkan secara percuma sehingga 30 peratus tempat duduk dalam setiap penerbangan bagi membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan lima bintang Malaysia Airlines pada tambang sifar.

Menurut beliau, tambang percuma itu tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj.

Beliau berkata, promosi harga rendah itu buat masa ini meliputi semua destinasi ke seluruh negara dan akan diperluaskan ke destinasi ASEAN tidak lama lagi.

“Kami telah berjanji bahawa para pelanggan akan menikmati perkhidmatan lima bintang pada harga rendah. Ramai yang beranggapan ini mustahil dilakukan tetapi sebenarnya tidak.

“Kini kami bersedia mengotakan janji itu. Buat pertama kali dalam sejarah kami, Malaysia Airlines menyediakan tawaran ‘Harga Rendah Setiap Hari’,” kata Idris dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Promosi tersebut selaras dengan pengumuman Malaysia Airlines baru-baru ini mengenai usahanya untuk menjadi Syarikat Penerbangan Bernilai Lima Bintang Dunia.

Menurut Idris, tempoh tempahan tambang percuma Malaysia Airlines bermula pada 5 Mei hingga 19 Mei ini untuk tempoh perjalanan antara 10 Jun dan 14 Disember.

Tempahan tiket hanya boleh dibuat melalui laman web malaysia airlines.com.Tiket-tiket perlu ditempah sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh berlepas.

Tiket-tiket itu tertakluk kepada beberapa syarat termasuk tiada pengembalian wang sekiranya pelanggan membatalkan penerbangan manakala tarikh penerbangan pula tidak boleh dipinda.

Idris berkata, Firefly, anak syarikat Malaysia Airlines, juga menawarkan tambang percuma.

Comments

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp...

YORAM DILAWATI OLEH YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

salam buat rakan pembaca.. pada hari ini saya berasa amat berterima kasih kepada YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN kerana dengan izinNYA pada hari ini bermulanya detik yang baik untuk Yoram..Yb dengan berbesar hati sudi untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara yang perlu.. terima kasih Yb.. Semoga Yb terus dirahmati Allah selamanya. Amin.. Moga Yoram akan cepat sempuh dan adik adik beliau dapat belajar.... famliy yoram yoram ,azman dan YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

Laila Taib meninggal- Al Fatihah

Oleh FAUZI JAAFAR dan SOPIE SAMAILE utusansarawak@utusan.com.my KENDERAAN yang membawa Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak selepas menziarahi jenazah Allahyarham Laila Taib di Kuching, Sarawak, semalam. KUCHING 29 April - Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada pukul 3.40 petang ini di kediaman mereka di Demak Jaya di sini akibat kanser. Laila, 68, meninggalkan suami dan empat anak termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman serta 15 cucu. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam kenyataannya memberitahu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya pada pukul 11.30 pagi esok. Beliau berkata, orang ramai yang ingin menziarahi jenazah Allahyarham boleh berbuat demikian sebelum pukul 11 pagi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang dalam lawatan rasmi dua hari ke si...