Arca kenit
Oleh Bennie Zie Fauzi
SEORANG lelaki yang dianggap lembap kerana menghidap disleksia memukau orang ramai dengan seni ukir paling halus.
Willard Wigan dari Birmingham, England membuat kejutan luar biasa menerusi seni mikroskopik paling terperinci pernah dihasilkan manusia.
Karya Wigan melampaui logik akal manusia kerana menghasilkan arca yang tidak dapat ditatap dengan mata kasar sebaliknya bantuan mikroskop diperlukan bagi menghayati keindahan objek itu yang berukuran tiga ribu kali halus berbanding sehelai rambut. Ia terlalu seni hingga boleh dimuatkan di celah lubang jarum, diletak di kepala jarum peniti, hujung bulu mata malah turut boleh mengisi sebutir pasir.
Terpaksa mengawasi pernafasan, degup jantung selain pergerakan badan ketika mengukir
SEJAUH MANA keupayaan manusia dalam menghasilkan kerja tangan yang cukup halus? Arca dan replika sebesar tapak tangan biasa ditemui manakala yang berukuran menyamai kuku sudah cukup mengundang perbualan hangat. Bagaimana pula sekiranya arca dihasilkan berukuran tiga kali ganda lebih halus daripada noktah di hujung tulisan?
Willard Wigan membuat kejutan luar biasa menerusi seni mikroskopik paling terperinci pernah dihasilkan manusia. Karya yang dihasilkan Wigan tidak dapat ditatap dengan mata kasar dan memerlukan bantuan mikroskop bagi menghayati keindahan objek yang berukuran tiga ribu kali halus berbanding sehelai rambut.
Ia terlalu seni hingga boleh dimuatkan di celah lubang jarum, diletak di kepala jarum peniti, hujung bulu mata malah turut boleh mengisi sebutir pasir.
Dilahirkan di Birmingham pada 1957, lelaki disahkan disleksia sewaktu zaman kanak-kanaknya ini menyedari kebolehan luar biasanya ketika menginjak usia lima tahun. Pada usia, Wigan tidak sebertuah kanak-kanak sebaya yang asyik dengan alam persekolahan kerana lambat 'menangkap' pembelajaran.
"Disleksia mengganggu kebolehan saya membaca dan menulis. Keluarga pula ketika itu sangat susah menyebabkan hal persekolahan tidak begitu dititikberatkan. Kecewa dengan perkara itu, saya memulakan hobi mengukir arca. Mulanya secara suka-suka, siapa sangka, 42 tahun kemudian menjadi mata pencarian dan kerjaya saya," katanya.
Wigan menggunakan lidi mencungkil gigi, gula kristal, butir beras dan pasir sebagai peralatan mengukir. Kerumitan mengukirnya menyebabkan setiap arca mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan.
ANTARA ciptaan seni mikroskopik yang menakjubkan dihasilkan Wigan.
Tempoh masa yang lama juga disebabkan Wigan tidak boleh berkarya dalam keadaan tertekan selain menetapkan waktu malam yang sunyi untuk mengukir. Selain senyap, waktu yang dipilihnya kurang gangguan elektrostatik yang mewujudkan getaran. Gegaran walaupun sedikit memberi kesan kerana mengganggu tumpuan kerja dan menyukarkannya mengawal pergerakan tangan.
"Kerja mengukir ini tidak mudah kerana saya perlu mengawal banyak perkara. Saya perlu mengawasi pernafasan, degup jantung selain pergerakan badan.
"Malam adalah detik paling sesuai kerana suasana benar-benar sunyi. Di kawasan kejiranan saya di Jersey ini bagus kerana bukan saja sunyi dari hiruk pikuk kenderaan malah salakan anjing pun tidak kedengaran," katanya.
Katanya, berkarya membabitkan skala mikro memerlukan teknik khusus. Justeru, dalam menyudahkan kerja, bukan saja rentak degupan jantung perlu dikawal bahkan Wigan selalu bertafakur bagi mengharmonikan minda, jiwa dan tubuhnya dengan alam.
Selanjutnya, proses mewarna arca dilakukan dengan menahan nafas supaya tangan tidak menggigil.
Selama berkarya, Wigan berjaya menghasilkan karya yang mengejutkan dunia, antaranya gelanggang tinju Mohamad Ali yang berukuran sebesar kepala mancis, tugu Statue of Liberty semuat lubang jarum, penyanyi tersohor Elvis Presley di atas kepala jarum peniti, Snow White dan tujuh orang kerdil dalam lubang jarum dan Peter Pan & Tinkerbell yang menghiasi mata kail.
Dalam sekian banyak arca yang diukirnya, Wigan paling menyukai Snow White dan tujuh orang kerdil yang dianggap menguji kemampuannya.
"Snow White dan orang kerdil amat susah dihasilkan dan menguji kemampuan. Ini kali pertama saya memuatkan begitu banyak objek dalam lubang jarum yang sangat halus. Ukurannya tiga kali lebih besar berbanding sel darah. Apapun, saya seronok melakukannya," katanya yang kini dalam perancangan menyiapkan The Last Supper yang bakal memuatkan 12 arca dalam satu lubang jarum.
Warnakan arca guna bulu lalat
ARCA mikro Willard Wigan mengejutkan dunia. Namun, jerit perih menghasilkannya hanya dia yang tahu.
"Saya sendiri tidak percaya saya boleh melakukannya," kata Wigan dalam satu temu bual bersama Benjamin Secher, penulis laman web http://www.telegraph.co.uk.
Antara pengalaman cemasnya ketika mengukir ialah ketika menghasilkan arca seni Alice in The Wonderland.
"Sedang leka menyiapkan karektor Alice secara tak sengaja saya menghembus nafas lalu menyedut Alice. Saya bernafas pada waktu yang salah. Dalam panik, bukan saja Alice malah semua watak yang mengiringinya turut hilang entah ke mana," katanya.
Itu sebahagian pengalaman mencemaskan manakala yang melucukan pula, Wigan pernah mencuri bulu mata bekas teman wanitanya untuk dijadikan material arca kucing, mata dan pintu gerbang.
"Saya harap bekas kekasih saya tidak memintanya semula," guraunya.
Karya Wigan bukan saja dikagumi penggemarnya malah dia sendiri tidak percaya dengan kebolehannya itu.
"Saya sendiri tidak sangka boleh menghasilkan arca yang begitu rumit pembuatannya. Setiap kali selesai menyiapkan sesuatu arca dan selepas melihatnya kembali, saya selalu berkata, "macam mana aku boleh buat benda ini," katanya.
Kerjayanya itu bermula apabila dia ingin membina rumah semut namun sebaik siap, timbul pula ilham menyediakan perabot seterusnya pakaian, kasut malah topi untuk semut peliharaannya itu.
Hakikatnya, bukan mudah melakukan kerja yang dibuat Wigan. Malah, siapapun tidak akan mampu mengikut caranya bekerja. Ini kerana banyak perkara perlu dilakukan sebelum memulakan kerja termasuk perlu bertafakur terlebih dulu.
"Saya mengukir di antara degup jantung. Jika tidak, jari akan bergetar dan kesannya saya tidak dapat mengukir. Semua perkakasan mengukir saya cipta sendiri termasuk kepingan aloi yang digunakan untuk mencengkam material dan pisau mengukir daripada serpihan berlian," katanya.
Meskipun, serpihan emas putih dan berlian sering digunakan sewaktu mengukir, Wigan berpendapat kancing nilon berguna untuk mengikat kabel elektronik.
"Kerja memotong material dilakukan di bawah mikroskop. Untuk melakukannya saya terpaksa menahan nafas. Kemudian, secara berhati-hati urusan mengukir, menghiris dan membentuk rupa bentuk dilakukan," katanya.
Mengecat arca kerja yang paling benci dibuat namun terpaksa dilakukan juga. Wigan mendakwa dia terpaksa menguatkan hati membunuh lalat bagi mendapatkan bulunya untuk dibuat berus mengecat.
"Ini yang paling menyentuh hati. Biarpun mendatangkan duit namun saya tetap rasa bersalah melakukannya. Kalau boleh saya tidak mahu bercakap langsung mengenainya," katanya.
Info
Arca Willard Wigan
# Minat terhadap seni mikroskopik tumbuh ketika usia lima tahun. Ketika itu, dia ralit memerhatikan sekumpulan semut sebelum mencabar dirinya menghasilkan arca lebih halus dari haiwan itu.
# Ciri luar biasa arca diukir Wigan menarik perhatian usahawan dan bekas bintang tenis dunia, David Llyod. Llyod adalah pembeli utama koleksi Wigan malah ada di antara arca yang dibelinya diinsuranskan kira-kira RM63 juta.
# Llyod memberi kepercayaan kepada Wigan mengukir replika bangunan London Building yang direka arkitek tersohor Lord Richard Rogers. Arca ini yang diukir di atas kepala jarum ini kemudiannya dijual oleh Eric Knowles dari Bonham's Fine Art dengan harga kira-kira RM583,000.
# Bulu roma lalat dijadikan berus mengecat arcanya.
# Kebanyakan arca yang dihasilkan mempunyai ukuran ketinggian 0.005 milimeter.

Comments