Skip to main content

Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam

PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. * Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. * Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan. * Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus). * Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM. * Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100. * Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM. * Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based” Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan. - UTUSAN

Comments

blog-tips-kurus said…
harap2 semuanya adil..

Popular posts from this blog

Pendaftaran Online untuk Reunion Dinner Matrix USM Penang Batch 88-90

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Harap semua rakan/sahabat kaum ibu/kaum bapa semua sihat ceria! Pendaftaran Online untuk Reunion Dinner Matrix USM Penang Batch 88-90 dengan ini dibuka sekarang. Mohon sokongan semua di kalangan kita untuk mendaftar dan memeriahkan Majlis ini, serta memaklumkan kepada semua rakan-rakan kita yang lain untuk turut bersama dalam Reunion Dinner pertama kali untuk semua bakas Pelajar Matrikulasi USM 88-90. Tuan/Puan boleh register seorang atau datang berdua atau bertiga (untuk makluman, bayaran adalah RM80/pax) ! Sila gunakan Web Rasmi Majlis ini >>> http://www.carwinsolutions.com/event/ ( kuatkan sikit volum, boleh dengar lagu masa register ). Kita akan tutup pendaftaran ini pada Jumaat 23 Mei 2008 untuk membolehkan urusan akhir persiapan Majlis dilaksanakan. Semoga usaha kecil kami ini mendapat sokongan semua untuk menjayakannya. Kerjasama semua untuk panjang-panjangkan dan link emel ini ke blog / web /group masin...

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp...