PUTRAJAYA 31 Dis. - "Kejayaan ini adalah hasil dan berkat pengorbanan guru yang sanggup bekerja siang dan malam untuk melihat kami berjaya. Terima kasih cikgu."
Begitulah ungkapan seorang pelajar cemerlang, Muhammad Haziq Abd. Rahim, 15, yang berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.
Muhammad Haziq adalah antara 139 daripada 168 calon Sekolah Sultan Alam Shah di sini yang memperoleh 8A dalam peperiksaan itu.
Dia yang tidak menjangka meraih keputusan terbaik itu hanya berserah pada Allah kerana beberapa subjek sangat sukar untuk dijawabnya dengan baik semasa menduduki PMR lalu.
"Saya sudah berputus asa pada hari pertama peperiksaan kerana subjek Bahasa Melayu sangat mencabar dan susah untuk dijawab tetapi Alhamdulillah, ibu banyak menenangkan saya supaya memberi fokus pada subjek yang lain," katanya yang ditemani ibunya, Siti Nor Wahid, 43.
Seorang lagi pelajar 8A, Wan Mohd. Fadzrul Hanif, 15, juga berkata, kejayaannya itu adalah hasil usaha guru-guru mereka yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar sehingga meraih kejayaan cemerlang.
"Guru-guru di sini seperti ibu bapa kami kerana kami tinggal di asrama dan sistem belajar kami teratur kerana sentiasa dibimbing oleh guru.
"Amalan solat hajat setiap hari juga yang diamalkan menjadi penguat semangat kami untuk menghadapi hari peperiksaan sekali gus memberi kejayaan kepada kami," katanya yang berasal dari Kampung Jawa, Johor.
Ahmad Izzudin Anuar, 15, pula memberitahu, apa yang penting adalah memberi fokus ketika dalam kelas dan tidak tidur sewaktu guru mengajar.
"Jangan sekali-kali membuatkan cikgu terguris hati atas sikap kita yang suka tidur atau tidak memberi tumpuan sewaktu cikgu mengajar.
"Keberkatan guru adalah sangat penting kerana mereka yang memberi ilmu kepada kita, jadi dengarlah kata-kata mereka, kita pasti akan berjaya," katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

Comments