Skip to main content

Kereta Korea menang anugerah

PENGELUAR kenderaan gergasi Korea mengumpul dua lagi anugerah apabila diiktiraf sebagai 'Car Of The Year 2008' anjuran Asian Auto bagi kategori Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) bersaiz besar dan Kenderaan Sport Utiliti (SUV), baru-baru ini.

Semua juri pertandingan itu sebulat suara memilih Hyundai Grand Starex dan Inokom Santa Fe CRDI VGT sebagai kenderaan paling layak diberi anugerah terbabit berdasarkan beberapa kriteria yang berjaya menewaskan pesaingnya.

Antaranya gaya, kemudahan, keselamatan, ciri standard, keteguhan binaan, pemanduan, kuasa, ekonomi dan nilai kepada wang yang dilaburkan.

Anugerah itu disampaikan Editor Kumpulan MTM Publications Sdn Bhd, Denis Wong.


Dalam kategori itu, Grand Starex dan Santa Fe bersaing sengit dengan beberapa model terkenal lain dari Jepun, Korea dan Eropah.

Bagaimanapun, kedua-dua model berkenaan berjaya memperoleh mata tertinggi juri dan dinobatkan sebagai juara kategori masing-masing.

Hyundai Grand Starex dijana enjin diesel 2.5 liter CRDi dengan transmisi automatik lima kelajuan, empat brek cakera ABS manakala bagi versi mewah, ia didatangkan dengan tempat duduk kulit sepenuhnya, skrin televisyen 15 inci, tempat rehat kaki elektronik, meja minuman dan meja sisi.

Selain itu, Starex juga dilengkapi dua beg udara, skirting hadapan, spoiler belakang dan kamera bagi kemudahan mengundurkan kenderaan sebagai ciri standard.

MPV berkenaan menghamburkan kuasa maksimum sehingga 168hp pada 3,800rpm manakala tork maksimum setinggi 392Nm pada 2,000rpm.

Sementara itu, Santa Fe dengan enjin diesel ini lebih menyerlah dengan teknologi Variable Geometry Turbocharge (VGT) lebih berkuasa.

Walaupun Santa Fe dilengkapi enjin 2.2L Common Rail Direct injection (CRDi), kuasa yang dihamburkan menyamai enjin berkapasiti 2.5L atau lebih.

Selain itu, sistem VGT membolehkan penggunaan bahan api yang lebih jimat, responsif dan berkuasa berbanding mana-mana SUV versi petrol.

Selain beg udara SRS, Santa Fe turut menawarkan sistem ABS, EBD, BA sebagai ciri keselamatan standard.

kereta info

hyundai.com.my
starex
hyundai

Comments

tajudin said…
kereta korea ni tahan enjinnya.
azman salleh said…
din.. apa komen tentang starex???

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp...

YORAM DILAWATI OLEH YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

salam buat rakan pembaca.. pada hari ini saya berasa amat berterima kasih kepada YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN kerana dengan izinNYA pada hari ini bermulanya detik yang baik untuk Yoram..Yb dengan berbesar hati sudi untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara yang perlu.. terima kasih Yb.. Semoga Yb terus dirahmati Allah selamanya. Amin.. Moga Yoram akan cepat sempuh dan adik adik beliau dapat belajar.... famliy yoram yoram ,azman dan YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

Laila Taib meninggal- Al Fatihah

Oleh FAUZI JAAFAR dan SOPIE SAMAILE utusansarawak@utusan.com.my KENDERAAN yang membawa Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak selepas menziarahi jenazah Allahyarham Laila Taib di Kuching, Sarawak, semalam. KUCHING 29 April - Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada pukul 3.40 petang ini di kediaman mereka di Demak Jaya di sini akibat kanser. Laila, 68, meninggalkan suami dan empat anak termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman serta 15 cucu. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam kenyataannya memberitahu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya pada pukul 11.30 pagi esok. Beliau berkata, orang ramai yang ingin menziarahi jenazah Allahyarham boleh berbuat demikian sebelum pukul 11 pagi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang dalam lawatan rasmi dua hari ke si...