Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2008

Pendaftaran Online untuk Reunion Dinner Matrix USM Penang Batch 88-90

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Harap semua rakan/sahabat kaum ibu/kaum bapa semua sihat ceria! Pendaftaran Online untuk Reunion Dinner Matrix USM Penang Batch 88-90 dengan ini dibuka sekarang. Mohon sokongan semua di kalangan kita untuk mendaftar dan memeriahkan Majlis ini, serta memaklumkan kepada semua rakan-rakan kita yang lain untuk turut bersama dalam Reunion Dinner pertama kali untuk semua bakas Pelajar Matrikulasi USM 88-90. Tuan/Puan boleh register seorang atau datang berdua atau bertiga (untuk makluman, bayaran adalah RM80/pax) ! Sila gunakan Web Rasmi Majlis ini >>> http://www.carwinsolutions.com/event/ ( kuatkan sikit volum, boleh dengar lagu masa register ). Kita akan tutup pendaftaran ini pada Jumaat 23 Mei 2008 untuk membolehkan urusan akhir persiapan Majlis dilaksanakan. Semoga usaha kecil kami ini mendapat sokongan semua untuk menjayakannya. Kerjasama semua untuk panjang-panjangkan dan link emel ini ke blog / web /group masin...

Solat, zikir, al-Quran terapi tekanan perasaan

Solat, zikir, al-Quran terapi tekanan perasaan Oleh Khairunneezam Mohd Noor DUNIA pekerjaan memang memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan kerja jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti kerja dan motivasi, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri. Tekanan disebabkan pekerjaan adalah interaksi kompleks antara persekitaran tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan serta mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan serta tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal. Tugas terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua suka marah dan suasana kerja tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan itu seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu jika tida...

UNTUK DI KONGSI BERSAMA...

Leteran isteri antara punca kerenggangan rumah tangga Oleh Aminudin Mansor SEBAGAI manusia biasa, sifat marah memang ada dalam hati dan jiwa seseorang. Bagaimanapun, sifat marah boleh dikawal supaya tidak berleluasa daripada menyelubungi perasaan dan tindakan kita. Pakar psikologi menyatakan, sifat marah biasanya berpunca daripada sesuatu sebab atau kesan yang menyebabkan seseorang itu melahirkannya dalam dalam bentuk tindakan dan berasa tidak selesa apabila tidak berbuat demikian. Menurut ahli sufi, marah disebabkan darah yang memenuhi hati dan bertujuan membalas dendam terhadap seseorang. Rasulullah SAW pernah menasihatkan Mu'awiyah: "Wahai Mu'awiyah, jauhkan olehmu sifat marah, kerana marah itu dapat merosakkan iman seseorang seperti pahit jadam merosakkan madu yang manis." Marah berasal daripada syaitan kerana syaitan dijadikan daripada api dan api itu hanya dapat dibunuh dengan air. Maka oleh sebab itu Nabi SA...

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007

Helping the nation to attain objectives of Education Development Master Plan Dr Julaihi (second right) presenting an award to a recipient, while Kuching Divisional Education Officer Bedui Une (second left) and Assistant Education Officer Maimunah Hj Bujang (right) look on. PHOTO: JOHN CHAN By Ng Kiang Chiew KUCHING: The education fraternity has been urged to help the nation attain its objectives in the Education Development Master Plan (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010), and more members who excel in the field services are needed. Sarawak Education Director Dr Haji Julaihi Bin Haji Bujang made this call at the Pejabat Pelajaran Gabungan Kuching Excellent Services Award Presentation 2008 ceremony for education personnel held at the Dewan Suarah Kuching yesterday. He said to boost the standard in the field or the quality of members, the following guidelines were useful in their daily chores or activities: endeavour to understand, deepen know how and appreciate the objectiv...

Tahniah buat sepupuku!!!!

773 terima anugerah kebesaran Sultan Perak Oleh Mohd Feroz Abu Bakar IPOH: Ketua Hakim Negara, Datuk Abdul Hamid Mohamad mengetuai senarai 773 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ke-80, hari ini. Abdul Hamid, 66, penerima tunggal Darjah Seri Paduka Mahkota Cura Si Manja Kini yang membawa gelaran Datuk Seri. Majlis penganugerahan akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini. Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin adalah antara tujuh penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang turut membawa gelaran Datuk Seri. Penerima SPMP lain ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ong Ka Chuan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi; Orang Kaya Menteri Paduka merangkap Orang Besar Jajahan, Larut, Matang dan Selama, Datuk Dr Wan Mohd Isa Wan Ahmad Shukri; Pengerusi Bernama, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini; ...

Reunion Dinner Matrik USM Penang Batch 88-90 - Sambutan 20

(bagi pihak mr tajudin) Assalamualaikum semua, Reunion Dinner Matrik USM Penang Batch 88-90 - Sambutan 20 Tahun kita telah ditetapkan pada Jumaat Malam Sabtu 30 Mei 2008, bertempat di Hotel Singgahsana PJ, www. hspj.com.my mulai jam 7.30 malam hingga 11.00 malam. Mohon kerjasama semua untuk menjayakannya dengan blok tarikh tersebut dan hadir (berpasangan dua @ bertiga). Saya bagi pihak Jawatankuasa Penganjur akan menghantar satu lagi email untuk pendaftaran online setelah urusan online payment gateway dapat diselesaikan. Untuk sementara ini , bolehlah tuan/puan kaum ibu/kaum bapa sekalian memaklumkan hal ini kepada seberapa ramai rakan2 seperjuangan kita (dan pasangan mereka) termasuk laman web & blog/group masing-masing bagi memudahkan mereka blok jadual masing-masing. Mohon sokongan semua menjayakan majlis ini. Terimakasih. Tajudin (017-8824875) p/s bro/sis, if free, pls visit my blog http://tajudinms. blogspot. com/

demak yang aku cintai.....

demak yang aku cintai.....

pemandangan perjalanan ke smkdb..awal pagi pada 26 03 2008..sekitar sekolahku.

perjalanan dan perjuangan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm Pertemuan CUEPACS dengan Perdana Menteri - *Kerajaan setuju tingkat had umur bersara * Tiada honorarium RM2,000 Oleh HAMDEN RAMLI PUTRAJAYA 17 April - Kerajaan bersetuju memenuhi lima daripada enam permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang dikemukakan bagi meningkatkan kebajikan 1.2 juta kakitangan awam di negara ini. Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, lima tuntutan yang diterima itu adalah berkaitan kadar pencen, lanjutan umur persaraan, pemansuhan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), pemberian semula elaun kritikal dan penambahan elaun perumahan. Bagaimanapun, kata beliau, tuntutan CUEPACS supaya kakitangan awam diberikan honorarium RM2,000 tidak dapat diterima kerajaan. ‘‘Kami gembira dan puas hati dengan pertemuan hari ini. Tolak honorarium sahaja, yang lain kami dapat. Butiran lanjut mengenai lima tuntuta...