Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Kaya kelentong sahaja

SEORANG lelaki kecewa apabila barangan skim MLM yang disertainya tidak terjual. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR – “Jika ada yang mendakwa mampu meraih RM500,000 sebulan dalam tempoh singkat dengan menyertai skim jualan langsung (MLM), orang itu pasti seorang penipu dan ada unsur penyelewengan. Jadi hati-hatilah.” Demikian ingatan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, (KPDNHEP), Daud Tahir mengenai kewujudan aktiviti penipuan yang melibatkan syarikat MLM. “Jika ada peningkatan mendadak dalam jualan, itu mesti ada sesuatu yang tidak kena dan syarikat MLM yang terlibat perlu memastikan ejen-ejennya melakukan kegiatan jualan langsung dengan cara yang betul,” ujarnya ketika dihubungi semalam. Menurut Daud, kini terdapat banyak aduan mengenai penipuan skim-skim MLM kerana kewujudan ejen-ejennya yang tamak dan ingin cepat kaya. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah kes-kes terbabit. “Masalahnya ialah sistem sudah cantik tetapi ejen MLM i...

Places to See Before They Disappear

Consider visiting these rare cultural, historic, and natural sites before they are irrevocably altered or gone forever The Taj Mahal Photo: antkriz More from Frommer's * Frommers.com Destination Guides * Frommers.com Forums * Frommers.com Deals & News More from Yahoo! * Y! Travel: Check flight deals now! * Y! Travel: Get more vacation ideas on Yahoo! Travel * Shine: How to Stick to Your Diet on Your Vacation * Shine: Beat the Post-Vacation Blues Before You Even Leave Taj Mahal If the plan to close the Taj Mahal goes into effect, it would reduce this over-the-top mausoleum — built by Shah Jahan (fifth emperor of the Mughal dynasty) to mourn his favorite wife, Mumtaz Mahal — to a mere postcard silhouette instead of the spiritual experience it can be. More Places to See Before They Disappear Even a recent rise in admission prices doesn't deter floods of tourists from shuffling through the Taj Maha l — three to four million tourists every year. Betwe...

Cuti dikurang 5 hari

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Mulai 1 Januari 2009, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru kecuali polis, tentera, penguat kuasa maritim dan pegawai pelajaran akan dikurangkan lima hari, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam. Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari. * Mengikut undang-undang, semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru yang dikurangkan itu. * Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir bagi membuat opsyen itu ialah 31 Disember. * Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen itu menjelang tarikh itu akan dianggap memilih kelayakan sekarang. Reaksi CUEPACS * Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, mereka akan mengadakan perjumpaan dengan Ismail esok untuk membincangkan perkara itu selain isu lain yang relevan. * Kesatuan itu mahu tahu rasional kepada pengurangan cuti itu. * Adalah t...

Asal Hajarul Aswad putih

Oleh Idris Musa idris@hmetro.com.my SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu. SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu. Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah. Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali. Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia...

Tips Menangani Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau pe...

Pelajar kidal kurang menyerlah

LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa pelajar kidal sering mendapat markah rendah dalam ujian kecerdikan dan sepanjang tempoh persekolahan mereka berbanding rakan yang menggunakan tangan kanan. Kajian Majlis Penyelidik Sosial dan Ekonomi Britain itu mendakwa perbezaan markah pelajar kidal dengan yang tidak itu cuma satu peratus. Mereka membuat penilaian itu berdasarkan kajian ke atas lebih 10,000 kanak-kanak yang juga responden Projek Kanak-Kanak Universiti Bristol pada 1990-an. Mereka membandingkan data pencapaian setiap kanak-kanak berkenaan di sekolah, berdasarkan ujian pada tahap 1, 2 dan 3 ketika berusia tujuh tahun. Keputusan ujian mereka ketika berusia 11 dan 14 tahun, termasuk ujian kecerdikan turut dicatatkan. Hasil kajian itu menunjukkan, pembangunan diri pelajar, khususnya perempuan lebih ditonjolkan. “Ini membolehkan kami melihat faktor lain mewakili jurang perbezaan besar bagi pembangunan kognitif antara pelajar menggunakan tangan kanan dan kidal. Ini termasuk aspek latar b...

Bayi 9 bulan hilang dalam kandungan

Oleh Ridzuan Ahmad bhnew@bharian.com.my ALOR STAR: Impian seorang anggota tentera untuk menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup selama dua tahun dengan isterinya tidak tercapai selepas bayi yang dikandung suri rumah itu disahkan hilang selepas sembilan bulan mengandung. Pasangan Mohd Fazli Samsudin, 27, dan Nurul Shuhada Mat Isa, 20, tidak dapat menahan kesedihan dan terkejut selepas dimaklumkan doktor pakar di sebuah pusat bersalin swasta di sini bahawa rahim wanita terbabit kosong ketika melakukan imbasan terakhir, Isnin lalu sebelum dijangka bersalin semalam . Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera (Resat), di Kuala Lumpur dan dijangka bersalin pada 29 November lalu. Nurul Shuhada berkata, sukar baginya menerima kenyataan apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan hilang dengan sekelip mata sehingga menimbulkan satu misteri kepada dirinya, suami dan keluarga. “Kerana tidak berpuas hati, saya kemud...

PNB janji 8 peratus

Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bharian.com.my Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman Pelabur ASB, ASN dijangka dapat pulangan kompetitif KUANTAN: Permodalan Nasional Bhd (PNB) yakin dapat mengagihkan pulangan dividen antara tujuh hingga lapan peratus kepada pelabur skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) tahun ini, walaupun pasaran saham tempatan mengalami kemerosotan. Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata pihaknya dijangka mengumumkan kadar pulangan pelaburan yang kompetitif kepada pelabur ASB dan ASN sebelum akhir bulan ini. "Kita tidak menafikan bahawa keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menjejaskan kadar keuntungan PNB, tetapi kita yakin masih mampu memberi pulangan yang kompetitif kepada pelabur. "Kita juga yakin dapat terus mengumumkan kadar pulangan yang baik kepada pelabur dalam unit amanah kami, termasuk ASB dan ASN berdasarkan kepada rekod pencapaian ketika...

ALPHA LIPID LIFELINE

SIHAT SECARA SEMULAJADI UNTUK SEISI KELUARGA... berminat dan mahu membeli untuk kesihatan yang baik... hubungi saya AZMAN BIN SALLEH TEL:019-8852901 ALPHA LIPID LIFELINE "Kolostrum adalah selamat, ia disediakan oleh alam semulajadi sebagai makanan awal mamalia. Sukar untuk membayangkan makanan tambahan lain yang lebih semulajadi dan berfaedah." International Institute of Nutritional Research, USA Alpha Lipid adalah kolustrum terbaik di dunia yang kaya dengan antibodi semulajadi yang dapat meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit. Ia selamat digunakan semua peringkat umur. Alpha Lipid Lifeline adalah pemakanan semulajadi yang amat berkhasiat dan lengkap untuk keperluan seharian diet manusia. ALPHA LIPID LIFELINE  Produk kesihatan yang unggul  Selamat dan tidak toksik  Tidak allergik  Kaya dengan bahan pemulih penyakit KELEBIHAN KOLOSTRUM ALPHA LIPID LIFELINE™ 1.Formula Alpha Lipid ™ 100% berkesan dan diserap dengan cepat. 2.Membantu memulihkan pelbagai penyakit ke...

Nombor talian maklumat terkini Mumbai, Bangkok

NEGARA KUALA LUMPUR - Kementerian Luar menyediakan talian yang boleh dihubungi bagi orang ramai untuk memperoleh maklumat terkini mengenai keadaan di Mumbai, India dan Bangkok, Thailand. Nombor-nombor di kementerian itu, di Putrajaya: Waktu pejabat: Ayaub Bachi, Setiausaha Bahagian (Bahagian Konsular) Tel (pejabat) : 03.88874643/4081 H/P: 019.2333465 Khuzaimah Supar, Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Konsular) Tel (pejabat): 03.88874033 H/P : 019-2198428 Kathreen LE Saga, Penolong Setiausaha (Bahagian Konsular) Tel (Pejabat): 03-8887 4530 H/P: 013-833 1797 Selepas waktu pejabat dari 5.30 petang hingga 7.30 malam /Hujung Minggu/Cuti Umum: Pegawai Bertugas: Tel: 03-88892746/03-8887 4750 Nombor dihubungi di Mumbai, India - 24 jam: Wan Zaidi Wan Abdullah, Konsul Jeneral Tel: +91 9920302506 (H/P) Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai, No 4-B, 4th floor, Notan Plaza, Turner Road, Bandra (West) Mumbai 400050, India Tel : +91 22 2645 5751 +91 22 2645 5752 Faks: +91 22 2645 5750 Nombor dihubung...

Dua sekolah di Sabah gagal UPSR 100 peratus

BEAUFORT 27 Nov. - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan pencapaian buruk dua buah sekolah rendah di sini dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang gagal 100 peratus. Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Klias berkata, pencapaian terburuk itu adalah amat memeranjatkan dan semua pihak diminta tidak menuding jari antara satu sama lain. ''Kita harap pihak sekolah akan membuat kajian terperinci punca utama yang menyebabkan sekolah-sekolah ini gagal seratus peratus,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan guru-guru besar sekolah rendah dari daerah ini di Wisma Persekutuan di sini hari ini. Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kebulu yang hanya mempunyai lima murid dan SK Kepawa yang mempunyai lapan murid. Beliau berkata, pencapaian UPSR 2008 yang buruk bukan sahaja di SK Kebulu dan SK Kepawa tetapi juga hampir di semua 41 buah ...

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal 28/11/2008 7:27pm KUALA LUMPUR 28 Nov.— Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama

Tiada kutipan PIBG awal tahun

Oleh nor zainah nordin KUALA LUMPUR 27 Nov. - Mulai tahun depan, sebarang kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak lagi dibuat pada awal tahun, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien. Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal Persekolahan 2009 pada Isnin lalu memutuskan bahawa bayaran tambahan tersebut akan dikutip pada pertengahan tahun setelah mendapat persetujuan mesyuarat PIBG. Katanya, melalui langkah itu, PIBG dan ibu bapa diberi peluang untuk menentukan jumlah yang akan dikutip daripada ibu bapa. ''Selain mengurangkan beban tanggungan ibu bapa, khususnya pada awal penggal, langkah ini juga selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran mengupayakan peranan dan tanggungjawab PIBG dalam sama-sama membantu membangunkan sistem pendidikan negara," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Cuba ke Malaysia, Carlos Alfredo di bangunan Parlimen di sini hari ini. Menurut Hishammud...

PM umum lagi insentif

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HELMI MOHD. FOAD TAHNIAH ... Abdullah Ahmad Badawi memberikan tepukan kepada Dr. Ibrahim Abu Shah setelah Universiti Teknologi MARA muncul juara Anugerah Kualiti Perdana Menteri bagi sektor awam di Putrajaya, semalam.– Gambar Zaki Amiruddin PUTRAJAYA 27 Nov. – Lebih 40,000 kakitangan awam yang sebelum ini mengambil opsyen skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menarik nafas lega apabila mereka kini dibenarkan untuk bertukar kepada skim pencen, berkuat kuasa 1 Februari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kakitangan awam terbabit diberikan peluang selama sebulan untuk membuat pilihan berhubung skim tersebut iaitu dari 1 Januari hingga 31 Januari 2009. Berucap menyampaikan Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di sini hari ini, beliau memberitahu, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam pada mesyuaratnya baru-baru ini. ‘‘Ini tentunya memberikan kebaikan kepada ...

913 kakitangan awam dibenar kerja sambilan

24/11/2008 2:11pm KUALA LUMPUR 24 Nov. — Kerajaan meluluskan sebanyak 913 daripada 934 permohonan kakitangan awam untuk melakukan kerja sambilan bagi menambah pendapatan sejak Jun lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Johari Baharum. Beliau berkata, kelulusan diberi kerana kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan seperti tidak dilakukan dalam waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas mereka. “Permohonan adalah daripada kalangan pegawai peringkat rendah dan golongan profesional seperti guru, pensyarah dan doktor... dari Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) hanya melibatkan lima orang,” katanya menjawab soalan Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Johari berkata, kakitangan awam digalakkan membuat kerja sambilan termasuk doktor dan guru menggunakan kepakaran masing-masing di luar waktu kerja tanpa menjejaskan prestasi mereka. “Contohnya para guru mengadakan kelas tambahan, pensyarah boleh ber...

Keputusan di bawah PPSMI memuaskan

KOTA BHARU 13 Nov. – Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di bawah sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang pertama kali diperkenalkan pada tahun ini, adalah memuaskan walaupun terdapat penurunan pelajar yang mendapat 5A. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia jelas membuktikan dasar PPSMI yang diperkenalkan sejak enam tahun lalu, tidak menjejaskan prestasi para pelajar. Menurutnya, biar pun keputusan peperiksaan itu memuaskan tetapi ia tidak bermakna dasar tersebut adalah tepat dan kerajaan tidak melakukan perubahan. “Keputusan UPSR tahun ini ok, tidak ada yang melonjak tinggi dan tidak menurun sekali gus. Ini baik selepas enam tahun sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan, ia tidak menjejaskan kedudukan anak- anak kita. “Ini tidak bermakna dasar itu tepat dan kita tidak akan buat perubahan (dasar) tetapi sekurang-kurangnya ia menafikan tud...

DANGEROUS DRUGS

DANGEROUS DRUGS HAVE BEEN GLOBALLY DISCARDED BUT ARE AVAILABLE IN INDIA .. The most common ones are action 500 & Nimulid. ! PHENYLPROPANOLAMINE: cold and cough. Reason for ban : stroke. Brand name : Vicks Action-500 ________________________________________________________________________ ANALGIN: This is a pain-killer. Reason for ban: Bone marrow depression. Brand name: ! Novalgin ___________________________________________________________ CISAPRIDE: Acidity, constipation. Reason for ban : irregular heartbeat Brand name : Ciza, Syspride ____________________________________________________________ DROPERIDOL: Anti-depressant. Reason for ban : Irregular heartbeat. Brand name : Droperol ______________________________________________________________ FURAZOLIDONE: Antidiarrhoeal. Reason for ban : Cancer. Brand name : Furoxone, Lomofen _____________________________________________________________ NIMESULIDE: Painkiller, fever. Reason for ban : Liver failure. Brand name : Nise, Nimulid __...

Ghani: The rod should be used in schools

By Peter Sibon KUCHING: The concept “spare the rod, respect the child” cannot be used in Malaysian schools because it is not only impractical but could also create chaos. Sarawak Teachers’ Union (STU) president William Ghani Bina (picture) said in fact the concept should not be used in Western schools as well if one were to look at the number of shooting and other violent incidents happening in western countries in recent times. He told Eastern Times yesterday that caning and other corporal punishment should be seen as a deterrent and not humiliation. In the same vein, caning should be viewed as a form of education and not punishment per se. Things will go haywire “Just look at the number of shooting cases in some Western schools. If we give in to the students and allow them to do what they want in school, things will go haywire. “It would be different, however, if the children were already well-disciplined by their parents at home. “But that is seldom the case as most parents leave t...

Wish comes true for leukaemia boy’s family

Yoram Reman (second right) with his father, Reman Paren (right), mother Limin Scot (left), and sister Era looking at the foodstuff donated by well-wishers. PHOTO: JOHN CHAN By Johnson Kadam KUCHING: Life in the city for the family of leukaemia-stricken Penan boy, Yonam Reman, is now more bearable, thanks to the generosity of Kuching Central Rotary Club and KKB Engineering Berhad. They can now cook anytime they want because the Rotarians and the public-listed company yesterday gave them what they had wished for – a gas cylinder, stove and cooking utensils. Yonam, 14, is presently being treated at the Sarawak General Hospital. He has been here since August, and doctors have told his family that they may need to stay behind for at least another six months. Accompanying him here are his father, Reman Paren, 48, mother, Limin Scot, 33, sisters Rosita,10, Christina, 8, and Era, 4, and cousin Josephine Jiki, 17. They are putting up at the Sarawak Children’s Cancer Society (SCCS) centre. Reman...

Leukaemia boy family seeks help

Yonam seated (infront) with his family at Sarawak Children Cancer Society centre at Jalan Maxwell. By Wilfred Pilo KUCHING: The family of leukaemia-stricken Penan boy, Yonam Reman, is experiencing a torrid time living in the city while caring for him, and has turned to members of the public for a helping hand. Their predicament is understandable because Yonam’s family comes from Long Napir, Ulu Limbang, a remote part of the state. “If I am at my village, I do not have to face all the problems I am experiencing now because I have lots of relatives to give me a helping hand. But, here in the city, I have to shoulder all these burden,” lamented Yonam’s father Reman Paren. Besides Reman, 48, his wife Limin Scot, 33, is also in town to care for their 14-year-old son. Accompanying them are their daughters Rosita,10, Christina, 8, and Era, 4. Tagging along is Reman’s niece Josephine Jiki,17. They have been here since last August and are presently staying at the Sarawak Children Cancer Society...

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

Oleh Ziauddin Sharuddin zia@bharian.com.my Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains. HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing. Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Dr Fatimah ...

Janji Cikgu

Puisi : Janji Cikgu Hidup seorang guru sungguh bahagia Terkenang jasa diluput tidak Tapi pena orang luar Bila berbicara soal guru Aku menjawab tenang Orang kata guru itu payah Siang pergi malam kerja Aku kata guru itu mudah Siang bergaji malam bahagia Pagi tak pernah rugi Malam tidurpun selesa Orang kata guru itu penat Gaji tak seberapa kerja berlambak Aku kata guru itu rehat Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat Ilmu yang dicurah tak dapat disekat Makin dicurah makin mendekat Orang kata guru itu sungguh bosan Setiap tahun muka sama setiap bulan Aku kata guru itu singguh riang Sekali berkata murid ketawa girang Bila berjaya murid terus menjulang Jasa bakti tak pernah hilang Orang kata guru itu sepi Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi Aku kata guru itu "happy" Jasa bakti dipercayai Masuk kedalam hutan untuk berbakti Pada bangsa anak pertiwi Agak kelak menabur bakti Setelah keluar dari...

Guru Oh Guru

Puisi : Guru Oh Guru SN Dato' Usman Awang Guru Oh Guru .................. Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum manjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu...

'Tiada kompromi pelajar biadab'

Oleh Adha Ghazali dan S Anand Kumar bhnews@bharian.com.my Menteri beri amaran ambil tindakan tegas susulan kejadian guru ditendang KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau tidak akan berkompromi atau berlembut dengan pelajar yang biadap terhadap guru. Beliau yang amat marah dengan kejadian guru di Kangar, Perlis dibelasah pelajar Tingkatan Dua termasuk diterajang berkali-kali pada perut, kelmarin, berkata tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka. "Saya marah dengan kejadian ini. Saya tidak akan kompromi dengan pelajar kurang ajar dan biadab terhadap guru," katanya kepada Berita Harian, semalam. Sebelum kejadian jam 10 pagi di Sekolah Menengah Perlis (SMP), guru terbabit, Azahana Ibrahim, 27, dikatakan menegur pelajar perempuan berkenaan berhubung kelewatan menghantar tugasan, terutama kandungan perkataan 'gila babi' yang diconteng pada kerja kursus. Pelajar itu yang tidak puas hati dengan teguran Azahana kemudian membela...

Matematik lebih menyeronokkan

FAMILI Perkenalkan angka dalam permainan anak anda asalkan dia rela tetapi bagaimanakah ini boleh dilakukan? KUNCI kepada kemahiran mengira bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah adalah mengenali nombor-nombor asas dari satu ke lima sebelum memasuki peringkat lebih tinggi. Ini termasuk menyusun nombor mengikut urutan, menghitung objek satu persatu atau menolak serta menambah nombor. Paling penting adalah bagaimana untuk meletakkan kemahiran ini ke dalam konteks pengiraan atau menyelesaikan sesuatu masalah sebenar. Di sekolah, masalah matematik diajar menggunakan bahasa matematik dan kemahiran menyelesaikan masalah. Tetapi, apa yang lebih penting adalah mengajar anak tentang nombor dan matematik melalui kaedah yang lebih bermakna dan menyeronokkan. Ramai ibu bapa tidak tahu bahawa kemahiran mengira boleh dikaitkan dengan kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh si anak. OBJEK-OBJEK yang dikira boleh ditambah atau dikurangkan dari semasa ke semasa untuk mengajar anak tentang penamba...

Pelajar pukul cikgu

Oleh Syed Ridzuwan Syed Ismail KANGAR 16 Okt. - Dua orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini didakwa menendang dan memukul seorang guru Fizik berusia 27 tahun setelah dipercayai tidak puas hati dengan tugasan kerja kursus yang diberikan kepada mereka. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kedua-dua pelajar tingkatan dua itu dikatakan dipanggil guru berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkataan kesat yang ditulis dalam kertas kerja kursus yang dihantar. Menurut seorang guru sekolah tersebut yang enggan dikenali, kejadian berpunca daripada keengganan pelajar itu untuk menghantar tugasan yang diberikan kepada mereka beberapa minggu lalu. Katanya, pelajar itu gagal menghantar tugasan yang diberikan dan hanya menghantar kepada guru tersebut hari ini selepas diminta berulang kali. "Tetapi apabila tugasan dihantar terdapat perkataan kesat ditulis dalam buku tugasan mereka dan guru itu memanggil dua orang pelajar tersebut untuk mendapatkan ...

Peringatan Raja Melayu

KUALA TERENGGANU 16 Okt. — Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini hari ini mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah , Sultan Abdul Halim Muadzam Shah . Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini. Keistimewaan “Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan ist...