Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Al Fatihah buat bonda wa Sarah Mat Saad

moga allah merahmati hidupmu.. termasuk dalam golongan orang beriman.. amin.. Al Fatihah.

Keputusan PPSMI hasil perbincangan

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata semua pihak perlu sedar keputusan kerajaan berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukan proses yang mudah dan mustahil untuk memuaskan hati semua. Bekas Menteri Pelajaran itu berkata, jika semua pihak melihat keputusan itu dalam konteks lebih luas berdasarkan kajian, fakta dan angka, mereka akan menganggap strategi baru memartabatkan bahasa Malaysia dan memantapkan bahasa Inggeris adalah wajar dalam konteks PPSMI. "Jadi, saya berasa lega keputusan dibuat selepas enam tahun kumpulan pertama melalui PPSMI. Pendekatan yang kita buat pun bersandar kepada realiti yang berlaku," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet peringkat kementeriannya, semalam. Hishammuddin berkata, beliau bersetuju dengan keputusan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi berpendapat banyak tugas perlu dilakukan, khususnya dalam konteks memperk...

12 langkah mantapkan bahasa Inggeris

PUTRAJAYA 8 Julai - Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan 12 langkah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ia diluluskan Kabinet hari ini selaras dengan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berikut langkah-langkah tersebut: - Menambah seramai 13,933 guru Bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). - Menyediakan guru penolong BI gred DG41 bagi kelas besar melebihi 35 murid dalam tahun satu dan dua untuk meningkatkan masa perhubungan guru dan murid. - Menambah waktu BI bagi sekolah kebangsaan (SK) tahap satu sebanyak 90 minit kepada 330 minit seminggu manakala tahap dua daripada 210 minit kepada 300 minit seminggu. - Waktu BI bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tami...

Prestasi merosot punca bahasa ibunda diguna semula

SEKUMPULAN murid SK St. Thomas, Kuantan gembira dengan berita pemansuhan PPSMI yang diumumkan semalam. Muhyiddin PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuat kuasa pada 2012. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda mereka. Muhyiddin berkata, Kabinet juga meluluskan cadangan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan. "Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan Kementerian Pelajaran mengenai pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sejak ia dimulakan pada 2003,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam. PPSMI diperkenalkan pada 2003 dan kumpulan pertama muri...

PPSMI dimansuh 2012

Oleh ZULKIFLI JALIL, ZABRY MOHAMAD dan THOMAS CHONG MUKTAMAD...Muhyiddin Yassin berkata sesuatu selepas mengumumkan keputusan Kabinet mengenai dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik pada sidang akhbar di Kementerian Pelajaran, Putrajaya, semalam. Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (tengah) dan Ketua Pengarah Pelajaran, Alimuddin Mohd. Dom. – Utusan/Zaki Amiruddin PUTRAJAYA 8 Julai – Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012. Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003. Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan. Kerajaan juga menawarkan pende...