Skip to main content

Kementerian usaha atasi kekurangan guru lelaki

LANGKAWI: Kementerian Pelajaran mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian berhubung kekurangan guru lelaki, kata Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, antara pandangan yang dikemukakan termasuk mendapatkan insentif khas untuk menarik lebih ramai lelaki menceburi bidang perguruan.

"Saya tidak kata akan kurangkan tahap kelayakan (menjadi guru), tapi kementerian akan cari jalan lain untuk kurangkan jurang itu walaupun ia mengambil masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Taman Geo Rimba Kilim di Ayer Hangat, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Aminah Ayob, semalam yang melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu.

Muhyiddin berkata, kekurangan guru di kalangan golongan lelaki bukanlah kerana diskriminasi jantina, sebaliknya realiti pada masa kini.

Katanya, masalah itu juga mungkin timbul akibat kurangnya keinginan golongan lelaki memilih profesion perguruan atau tiada kelayakan dan terpaksa memilih kerjaya lain.

"Dilema bilangan guru lelaki yang jauh ketinggalan berbanding wanita iaitu pada nisbah 20:80 sekarang menjadi tumpuan utama kementerian untuk menyelesaikan masalah itu.

"Saya tidak menyalahkan gender... apa yang boleh kementerian lakukan sekarang ialah mengurangkan jurang bilangan guru lelaki dan wanita," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau gembira dengan maklum balas orang ramai mengenai cadangan kerajaan bagi menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Semua orang setuju bahasa Inggeris itu penting.... tiada siapa pun yang mengatakan bahasa Inggeris tidak perlu dan respons yang diterima sangat memberangsangkan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak akan membuat keputusan terburu-buru mengenai pelaksanaannya dan masih mempelawa orang ramai memberi pandangan berhubung syarat mewajibkan calon lulus itu. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp...

YORAM DILAWATI OLEH YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

salam buat rakan pembaca.. pada hari ini saya berasa amat berterima kasih kepada YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN kerana dengan izinNYA pada hari ini bermulanya detik yang baik untuk Yoram..Yb dengan berbesar hati sudi untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara yang perlu.. terima kasih Yb.. Semoga Yb terus dirahmati Allah selamanya. Amin.. Moga Yoram akan cepat sempuh dan adik adik beliau dapat belajar.... famliy yoram yoram ,azman dan YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN