ALLAHYARHAM LAILA TAIB
KUCHING 29 April - Pemergian isteri Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Laila Taib, 68, ke rahmatullah hari ini dianggap satu kehilangan besar kepada negeri ini terutama rumah anak-anak yatim yang sentiasa mendapat perhatian Allahyarham.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak- Anak Yatim Sarawak (Peryatim), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, Allahyarham sangat aktif dengan kerja amal bersama badan kebajikan bukan sahaja di negeri ini malah di Semenanjung.
Beliau yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) berkata, sebuah kompleks di sini turut dinamakan Kompleks Kebajikan Laila Taib bagi menghargai keprihatinan Allahyarham dalam membela nasib anak yatim.
"Kita kehilangan penasihat yang sentiasa menyokong kebajikan anak yatim. Kita sedih dengan pemergiannya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu meninggal dunia pada pukul 3.40 petang ini di kediaman rasmi Ketua Menteri di Demak Jaya di sini.
Daud menambah, pihaknya akan meneruskan usaha Laila menjaga kebajikan anak yatim termasuk menubuhkan lebih banyak pusat kebajikan anak yatim di negeri ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata, isteri Ketua Menteri itu akan sentiasa diingati rakyat ekoran sumbangan besarnya terhadap kebajikan, kesihatan, pendidikan dan kehijauan bandar.
Katanya, Allahyarham juga telah banyak berkorban serta berjuang untuk memajukan rakyat di negeri ini.
"Sudah pasti beliau akan diingati selamanya terutama sekali mengenai Kompleks Kebajikan Laila Taib serta penubuhan Yayasan Jantung.
"Allahyarham juga sentiasa mementingkan alam sekitar kerana setiap kali berbual dengannya, beliau mahu saya menekankan pentingnya kehijauan dalam bandar,'' katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang, Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali turut merasai kehilangan Allahyarham yang sentiasa menitikberatkan pendidikan kaum wanita untuk mereka bersaing dalam era global.

Comments