Skip to main content

Doa dan harapan buat adik Yoram Reman

Satu harapan dan permintaan buat rakan pembaca... Semoga tuan/puan semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik olehNya..
Petang tadi saya ke Hospital Umum Sarawak berjumpa dengan satu keluarga masyarakat Penan dari Limbang(Kampungnya asal sudah diberitahu..namum tanpa catatan..saya tidak dapat mengingatnya...rumah leju,kampung long napir, ulu limbang).Ke hospital bertujuan menghantar duit buat keluarga tersebut. Duit kiriman dari kakak dan sahabatnya dari Brunei.
Kesedihan amat terasa mengenangkan keluarga ini akan berada di Hospital sekurang-kurangnya 5 bulan mulai Sekarang.. September 2008 tanpa duit perbelanjaan untuk hidup....bertarung untuk hidup dengan penyakit leukemia...

Atas rasa simpati sebagai masyarakat Malaysia yang rasa bersyukur dan mensyukuri nikmatNya.. saya dengan ini secara sukarela dapat menyampaikan segala pemberian duit atau keperluan lain daripada tuan/puan kepada keluarga tersebut..

Nama pesakit YORAM REMAN tel:0198397820

Yang sudi membantu: Azman bin Salleh
tel: 019-8852901
email: azman279@yahoo.com
Akaun Bank: MAYBANK 1111-1354-8181


Jutaan terima kasih atas segala bantuan.. moga Allah terus merahmati hidup kita selamanya....

Comments

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp

YORAM DILAWATI OLEH YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

salam buat rakan pembaca.. pada hari ini saya berasa amat berterima kasih kepada YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN kerana dengan izinNYA pada hari ini bermulanya detik yang baik untuk Yoram..Yb dengan berbesar hati sudi untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara yang perlu.. terima kasih Yb.. Semoga Yb terus dirahmati Allah selamanya. Amin.. Moga Yoram akan cepat sempuh dan adik adik beliau dapat belajar.... famliy yoram yoram ,azman dan YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

dari KULIM ke Kiulu

Segalanya kerana Donni Oleh SUBASHINI RAJANDRA subashini.rajandra@kosmo.com.my Sekumpulan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kulim, Kedah terus gigih berjuang mengumpul dana sebanyak RM250,000 demi kepentingan ‘anak-anak tersayang’ di Kiulu, Sabah. Begini bermulanya cerita yang ingin disampaikan. Pada 20 Mac 2007, akhbar Daily Express News di Sabah memaparkan sebuah artikel yang cukup menyayat hati. Sesiapa sahaja yang membacanya dapat membayangkan kedaifan hidup sebuah keluarga yang terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk terus bernyawa. Kisah itu menceritakan bagaimana enam orang adik-beradik dan ibu mereka sekadar 'kenyang' dengan menjamah bubur nasi dan sayur kangkung. Menyingkap kisah hidup mendiang Donni John Duin, 11, dia ialah seorang anak yang pendiam dan tidak bermasalah. Penderitaan yang terpaksa dilalui sejak bapanya disumbat masuk ke penjara akibat dadah begitu menyentuh hati. Menurut ibunya, Hina Joloni, 39, setiap kali pulang dari sekola