Arca kenit Oleh Bennie Zie Fauzi SEORANG lelaki yang dianggap lembap kerana menghidap disleksia memukau orang ramai dengan seni ukir paling halus. Willard Wigan dari Birmingham, England membuat kejutan luar biasa menerusi seni mikroskopik paling terperinci pernah dihasilkan manusia. Karya Wigan melampaui logik akal manusia kerana menghasilkan arca yang tidak dapat ditatap dengan mata kasar sebaliknya bantuan mikroskop diperlukan bagi menghayati keindahan objek itu yang berukuran tiga ribu kali halus berbanding sehelai rambut. Ia terlalu seni hingga boleh dimuatkan di celah lubang jarum, diletak di kepala jarum peniti, hujung bulu mata malah turut boleh mengisi sebutir pasir. Terpaksa mengawasi pernafasan, degup jantung selain pergerakan badan ketika mengukir SEJAUH MANA keupayaan manusia dalam menghasilkan kerja tangan yang cukup halus? Arca dan replika sebesar tapak tangan biasa ditemui manakala yang berukuran menyamai kuku sudah cukup mengundang perbualan hangat. Bagaimana pula sekir...