Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Kementerian usaha atasi kekurangan guru lelaki

LANGKAWI: Kementerian Pelajaran mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan bagi mencari penyelesaian berhubung kekurangan guru lelaki, kata Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, antara pandangan yang dikemukakan termasuk mendapatkan insentif khas untuk menarik lebih ramai lelaki menceburi bidang perguruan. "Saya tidak kata akan kurangkan tahap kelayakan (menjadi guru), tapi kementerian akan cari jalan lain untuk kurangkan jurang itu walaupun ia mengambil masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Taman Geo Rimba Kilim di Ayer Hangat, di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Aminah Ayob, semalam yang melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu. Muhyiddin berkata, kekurangan guru di kalangan golongan lelaki bukanlah kerana diskriminasi jantina, sebaliknya realiti pada masa kini. Ka...