Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Pemergian dirasai semua

ALLAHYARHAM LAILA TAIB KUCHING 29 April - Pemergian isteri Ketua Menteri Sarawak, Puan Sri Laila Taib, 68, ke rahmatullah hari ini dianggap satu kehilangan besar kepada negeri ini terutama rumah anak-anak yatim yang sentiasa mendapat perhatian Allahyarham. Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak- Anak Yatim Sarawak (Peryatim), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, Allahyarham sangat aktif dengan kerja amal bersama badan kebajikan bukan sahaja di negeri ini malah di Semenanjung. Beliau yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) berkata, sebuah kompleks di sini turut dinamakan Kompleks Kebajikan Laila Taib bagi menghargai keprihatinan Allahyarham dalam membela nasib anak yatim. "Kita kehilangan penasihat yang sentiasa menyokong kebajikan anak yatim. Kita sedih dengan pemergiannya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Isteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud itu meninggal dunia pada pukul 3.40 petang ini di kediaman rasmi Ketua Menteri di Demak Ja...

Laila Taib meninggal- Al Fatihah

Oleh FAUZI JAAFAR dan SOPIE SAMAILE utusansarawak@utusan.com.my KENDERAAN yang membawa Muhyiddin Yassin keluar dari kediaman Ketua Menteri Sarawak selepas menziarahi jenazah Allahyarham Laila Taib di Kuching, Sarawak, semalam. KUCHING 29 April - Puan Sri Laila Taib, isteri Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada pukul 3.40 petang ini di kediaman mereka di Demak Jaya di sini akibat kanser. Laila, 68, meninggalkan suami dan empat anak termasuk Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman serta 15 cucu. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dalam kenyataannya memberitahu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya pada pukul 11.30 pagi esok. Beliau berkata, orang ramai yang ingin menziarahi jenazah Allahyarham boleh berbuat demikian sebelum pukul 11 pagi. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang dalam lawatan rasmi dua hari ke si...

Nama-nama Pilihan - Lelaki

Aakif Beriktikaf Aali Tinggi Aamir Memakmurkan Aathif Belas kasih Aatik Pemurah, Yang murni Aazad Persian word - free, independent Abadi Yang Kekal Aban Lebih terang, lebih nyata, bersih Abbad Great worshipper Abbas Description of a lion, Nama paman Nabi, nama sahabat Nabi Muhammad SAW Abbasy Rajin berusaha Abbud Worshipper Abbudin Worshippers Abdel Servant of Allah Abdu Rafi Servant of the One Who Raises, Elevates - intellect, esteem Abduh Hamba-Nya, julukan dari Nabi Muhammad SAW Abdul Servant of Allah Abdul Alim Hamba Allah Yang Mengetahui Abdul Aliyy Servant of the Most High Abdul Azim Hamba Allah Yang Agung Abdul Aziz Hamba Allah Yang Mulia Abdul Baqi Hamba Allah Yang Kekal Abdul Bari Hamba Allah Yang Banyak Kebaikan Abdul Basit Hamba Allah Yang Melimpah Nikmat Abdul Dayyan Hamba Allah Yang Membalas Abdul Fattah Hamba Allah Yang Membuka Abdul Ghaffar Servant of the Forgiver Abdul Ghafur Hamba Allah Yang Membuka Abdul Ghani Hamba Allah Yang Pengampun Abdul Hadi Hamba Allah Yang Kay...

Nama anak perempuan

01. Asma Putri Abubakar Assidiq Ra 02. Amani Cita-cita, Keinginan 03. Amjad Mulia 04. Asmahan Nama Tokoh Wanita 05. Ahlam Impian 06. Adibah Beradab 07. Aminah Dapat dipercaya 08. Aaminah Dapat dipercaya - Aman 09. Amirah Ratu 10. Asiah (1). Istri Firaun (2) Obat 11. Asiilah Lemas dan Halus 12. Arwa Memberi Minum sampai puas 13. Anisah Teman Penghibur 14. Afnan Pepohonan Yang berbuah 15. Azhaar Bunga-bunga 16. Afrah Hiburan-Kesenangan 17. Alifah Ramah tamah dalam bersahabat 18. Asirah Tawanan Perang 19. Aamal Harapan-harapan 20. Arikah Pelaminan 21. Arafah Padang ‘Arafat 22. Aliyah Tinggi 23. ‘Aidah Kembali berhari raya 24. ‘Adawiyah Seorang wanita Sufi 25. ‘Afifah Punya harga diri 26. ‘Alilah Yang memakai wewangian 27. ‘Aisyah Istri Rasulullah saw 28. ‘Azizah Perkasa - Mulia 29. ‘Afaf Punya Harga diri 30. ‘Atikah (1) Pemurah (2) Yang murni 31. ‘Afra’ Malam 13 Purnama 32. ‘Amimah Tubuh lenjang 33. ‘Adilah Adil, Yang sebaya 34. ‘Anan Awan - Cakrawala 35. ‘Aathifah (1) Belas Kasih (2) Per...

Nama-nama Pilihan - Perempuan

A'idah Kembali berhari raya A'ilah Family, ahli rumah A'isyah Istri Rasulullah saw A'yun Mata (jamak dari 'ainun) Aabidah Tekun beribadah Aafiya vigour/vitality Aafiyah Sehat, selamat Aamal Harapan-harapan Aamilah Doer of (good) deeds, Righteous Aamily Doer of (good) deeds, Righteous Aaminah Dapat dipercaya, aman Aathifah Belas kasih, perasaan Aathirah Harum Abadah Rajin beribadah Abadi Yang Kekal Abeer fragrance Abharina Lautan kami Abir fragrance Abirah Wangi, harum Abiyah Elok, mulia, lepas dr kehinaan Absarina Penglihatan kami Abyana Nyata, jelas Abyati Sebaik-baik sajak Abyatina Sebaik-baik sajak kami Adabiah Kesopanan, beradab Adara Virgin. Also an Greek name meaning beauty. Variants, Adar and Adra. Adawiyah Obat, penawar Adeeba Cultured, civilised Adelia Keadilan kita Adibah Berpengetahuan, beradab Adidah Sepadan Adilah Adil seksama Adlah Keadilan Adlina Keadilan kita Adni Salah satu nama syurga Adra Virgin. Also an Greek name meaning beauty. Adriana Nisbah A...

Nama-nama Pilihan Anak Lelaki

Abdul Alim=Hamba Allah Yang Mengetahui Abdul Azim=Hamba Allah Yang Agung Abdul Aziz=Hamba Allah Yang Mulia Abdul Bari=Hamba Allah Yang Banyak Kebaikan Abdul Basit=Hamba Allah Yang Melimpah Nikmat Abdul Baqi=Hamba Allah Yang Kekal Abdul Dayyan=Hamba Allah Yang Membalas Abdul Jabbar=Hamba Allah Yang Tegas Abdul Jalil=Hamba Allah Yang Mulia Abdul Jawad=Hamba Allah Yang Pemurah Abdul Fattah=Hamba Allah Yang Membuka Abdul Ghafur=Hamba Allah Yang Membuka Abdul Ghani=Hamba Allah Yang PengampunAbdul Hadi=Hamba Allah Yang Kaya Abdul Hafiz=Hamba Allah Yang Memelihara Abdul Haiy=Hamba Allah Yang Hidup Abdul Hak=Hamba Allah Yang Sebenar Abdul Hakam=Hamba Allah Yang Menghukum Abdul Hakim=Hamba Allah Yang Bijaksana Abdul Halim=Hamba Allah Yang Lemah Lembut Abdul Hamid=Hamba Allah Yang Terpuji Abdul Hanan=Hamba Allah Yang Penyayang Abdul Ilah=Hamba Allah / hamba Tuhan Abdul Karim=Hamba Allah Yang Pemurah Abdul Khaliq=Hamba Allah Yang Mencipta Abdullah=Hamba Allah Abdul Latif=Hamba Allah Yang Lemah Le...

Nenek minta guru rotan cucu tidak dihukum

SEREMBAN: “Saya menerima hakikat dia sudah tiada lagi, tetapi berharap guru yang merotannya tidak dihukum kerana kematian itu bukan salahnya,” kata nenek kepada Chan Qi Xian, 9, murid tahun tiga sebuah sekolah di Gemas yang mati beberapa jam selepas dirotan gurunya kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Nenek mangsa, Leong Yue Hua, 70, berkata mangsa pernah memberitahunya dia menghadapi masalah untuk memberi perhatian ketika belajar di sekolah dan sering mengadu sakit kepala. “Tidak sangka masalah itu serius. Rupanya itu petanda dia menghidap penyakit bahaya. Qi Xian seorang murid pintar ketika tahun satu, namun prestasi akademiknya merosot apabila memasuki tahun dua dan tiga. “Guru berkenaan juga sentiasa mengambil berat terhadap Qi Xian dan abangnya. Dia juga datang melawat selepas kejadian itu,” katanya di sini, semalam. Kematian seorang murid itu terjawab apabila bedah siasat mendapati kanak-kanak itu mati akibat pendarahan dalam otaknya. Hasil bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’af...

5 tahun 5 bulan penuh cabaran

Berakhirnya bulan Mac 2009 menyaksikan detik peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Sepanjang tempoh pemerintahan Abdullah dari 31 Oktober 2003 sehingga 2 April 2009, apakah kenangan manis dan pahit yang dilalui oleh beliau yang lebih popular dipanggil Pak Lah? Ikuti laporan ini. SEBAGAI Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakar jejak sejarah tersendiri sepanjang tempoh lima tahun, lima bulan dan tiga hari memimpin negara. Meniti kehidupan berpolitik beliau yang penuh ranjau, onak dan duri termasuk meratapi detik kehilangan isteri kesayangan, Datin Seri Endon Mahmood pada 20 Oktober 2005, era kegemilangan dan kegoyahan Abdullah telah tertulis dalam takdir hidupnya sebagai Perdana Menteri. Sejak menyandang jawatan No. 1 negara pada 31 Oktober 2003, Abdullah atau Pak Lah telah menyaksikan dan melaksanakan pelbagai misi dan polisi yang mencorakkan sebuah negara y...

Mati selepas dirotan guru

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI utusanN9@utusan.com.my SEREMBAN 1 April – Seorang murid tahun tiga yang menghidap penyakit saraf otak meninggal dunia awal pagi ini, selepas beberapa jam dirotan di bahagian tangan oleh gurunya, semalam. Murid lelaki di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Baru Tiong di Gemas itu meninggal dunia di rumahnya pukul 3.30 pagi ini setelah menerima rawatan di Hospital Segamat dan Hospital Sultanah Aminah, Johor. Mangsa, Chan Qi Xin, 9, sebelum itu dikatakan mengadu sakit kepala selepas dirotan oleh seorang guru perempuan pada pukul 12.30 tengah hari semalam. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, murid itu tidak menunjukkan sebarang kesan drastik ketika dirotan, sebaliknya mengadu sakit kepala dan pengsan beberapa minit selepas itu. ‘‘Melihatkan keadaannya yang serius, pihak sekolah segera bertindak menghubungi ibu bapa pelajar berkenaan sebelum membawanya ke Hospital Segamat yang bersempadan dengan Gemas,’’ katanya. Beliau berkata demikia...