PENGELUAR kenderaan gergasi Korea mengumpul dua lagi anugerah apabila diiktiraf sebagai 'Car Of The Year 2008' anjuran Asian Auto bagi kategori Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) bersaiz besar dan Kenderaan Sport Utiliti (SUV), baru-baru ini. Semua juri pertandingan itu sebulat suara memilih Hyundai Grand Starex dan Inokom Santa Fe CRDI VGT sebagai kenderaan paling layak diberi anugerah terbabit berdasarkan beberapa kriteria yang berjaya menewaskan pesaingnya. Antaranya gaya, kemudahan, keselamatan, ciri standard, keteguhan binaan, pemanduan, kuasa, ekonomi dan nilai kepada wang yang dilaburkan. Anugerah itu disampaikan Editor Kumpulan MTM Publications Sdn Bhd, Denis Wong. Dalam kategori itu, Grand Starex dan Santa Fe bersaing sengit dengan beberapa model terkenal lain dari Jepun, Korea dan Eropah. Bagaimanapun, kedua-dua model berkenaan berjaya memperoleh mata tertinggi juri dan dinobatkan sebagai juara kategori masing-masing. Hyundai Grand Starex dijana enjin diesel 2.5 liter CRDi...