Oleh FATIHAH MOHAMED RAHMAN memberikan anak bongsunya minum sambil diperhatikan oleh anaknya yang lain di Penjara Kajang, semalam. KAJANG - "Saya tidak boleh tidur semalaman sebab tidak sabar menunggu perjumpaan hari ini (semalam) untuk dengar sendiri anak bongsu saya yang hanya boleh merangkak semasa saya ditahan lima tahun dahulu, kini panggil saya 'ayah'." Demikian luahan seorang banduan, Rahman (bukan nama sebenar) yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana kesalahan rogol, begitu teruja menerima lawatan anak bongsunya sempena sambutan Hari Bapa di Penjara Kajang semalam. Menurut Rahman yang mendapat pengampunan dengan tempoh penjaranya dipendekkan kepada lapan tahun, walaupun terpisah sejak lima tahun dengan anaknya itu, dia pernah mendengar suaranya melalui telefon. "Hari ini, buat pertama kali sejak lima tahun, dia panggil saya 'ayah' dan ia sangat istimewa buat saya kerana akhirnya berpeluang melihat sendiri anak bongsu saya,"...