Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

SPM 2011: 1,609 pelajar dapat 9 A+ hingga 12 A+ ditawar bursary

Azman Salleh SPM 2011: 1,609 pelajar dapat 9 A+ hingga 12 A+ ditawar bursary 10 April 2012 KUALA LUMPUR - Semua 1,609 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9 A+ hingga 12 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 ditawarkan "bursary" (bantuan kewangan pengajian) secara automatik untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan atau prauniversiti dalam negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan kewangan itu disediakan Kementerian Pelajaran untuk pengajian di peringkat prauniversiti sebelum pelajar melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata tawaran bantuan kewangan pengajian kepada 1,020 pelajar yang memperoleh 9A+, 492 pelajar 10A+, 90 pelajar 11 A+ dan tujuh pelajar 12 A+ adalah secara automatik tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang itu adalah tanda keprihatinan kerajaan mengiktiraf kecemerlangan pelajar berkenaan. "K...

Raptai akhir pertabalan Agong lancar

KUALA LUMPUR - Raptai penuh istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berjalan lancar dengan hampir semua persiapan untuk upacara itu yang bakal berlangsung buat julung kali di Istana Negara, Jalan Duta, tersusun rapi. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata raptai terakhir itu bertujuan mengenal pasti sebarang penambahbaikan dan pembetulan yang perlu dilakukan menjelang istiadat pertabalan itu pada Rabu. "Berdasarkan raptai hari ini, dijangka majlis pertabalan itu akan berlangsung kira-kira sejam dan dihadiri kira-kira 780 tetamu kehormat," katanya kepada pemberita selepas meninjau raptai berkenaan di Istana Negara di sini. Dua raptai istiadat pertabalan berkenaan sebelum ini diadakan pada Khamis dan Jumaat lepas. Rais, selaku Pengerusi Jawatankuasa Istiadat Pertabalan itu, berkata istiadat pertabalan penuh tradisi akan berlangsung di Balairong Seri istana itu. Rais berkata raky...

Pemerintahan beraja Malaysia unik

Pemerintahan beraja Malaysia unik OLEH CIK RASHIDAH ABD. GHANI Skuadron Istiadat Berkuda dari Kor Armor Diraja berkawal di hadapan Istana Negara sempena persiapan Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, baru-baru ini. - Bernama. PEMERINTAHAN beraja di Malaysia dikatakan paling unik berbanding negara lain yang mengamalkan pemerintahan beraja. Ini kerana di negara-negara berkenaan takhta pemerintahan terus kekal dikuasai waris, tetapi di Malaysia raja yang memegang jawatan sebagai Ketua Negara atau dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong bertukar mengikut giliran dalam kalangan sembilan Sultan atau Raja yang memerintah negeri. Sungguhpun negara ini mengamalkan sistem pemerintahan Raja BerPerlembagaan dan Demokrasi BerParlimen, pemilihan Yang di-Pertuan Agong, yang mula dilaksanakan ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, adalah cukup bermakna kerana ia melambangkan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokra...