Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2008

Kaya kelentong sahaja

SEORANG lelaki kecewa apabila barangan skim MLM yang disertainya tidak terjual. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR – “Jika ada yang mendakwa mampu meraih RM500,000 sebulan dalam tempoh singkat dengan menyertai skim jualan langsung (MLM), orang itu pasti seorang penipu dan ada unsur penyelewengan. Jadi hati-hatilah.” Demikian ingatan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, (KPDNHEP), Daud Tahir mengenai kewujudan aktiviti penipuan yang melibatkan syarikat MLM. “Jika ada peningkatan mendadak dalam jualan, itu mesti ada sesuatu yang tidak kena dan syarikat MLM yang terlibat perlu memastikan ejen-ejennya melakukan kegiatan jualan langsung dengan cara yang betul,” ujarnya ketika dihubungi semalam. Menurut Daud, kini terdapat banyak aduan mengenai penipuan skim-skim MLM kerana kewujudan ejen-ejennya yang tamak dan ingin cepat kaya. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan jumlah kes-kes terbabit. “Masalahnya ialah sistem sudah cantik tetapi ejen MLM i...

Places to See Before They Disappear

Consider visiting these rare cultural, historic, and natural sites before they are irrevocably altered or gone forever The Taj Mahal Photo: antkriz More from Frommer's * Frommers.com Destination Guides * Frommers.com Forums * Frommers.com Deals & News More from Yahoo! * Y! Travel: Check flight deals now! * Y! Travel: Get more vacation ideas on Yahoo! Travel * Shine: How to Stick to Your Diet on Your Vacation * Shine: Beat the Post-Vacation Blues Before You Even Leave Taj Mahal If the plan to close the Taj Mahal goes into effect, it would reduce this over-the-top mausoleum — built by Shah Jahan (fifth emperor of the Mughal dynasty) to mourn his favorite wife, Mumtaz Mahal — to a mere postcard silhouette instead of the spiritual experience it can be. More Places to See Before They Disappear Even a recent rise in admission prices doesn't deter floods of tourists from shuffling through the Taj Maha l — three to four million tourists every year. Betwe...

Cuti dikurang 5 hari

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Mulai 1 Januari 2009, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru kecuali polis, tentera, penguat kuasa maritim dan pegawai pelajaran akan dikurangkan lima hari, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam. Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari. * Mengikut undang-undang, semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru yang dikurangkan itu. * Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir bagi membuat opsyen itu ialah 31 Disember. * Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen itu menjelang tarikh itu akan dianggap memilih kelayakan sekarang. Reaksi CUEPACS * Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, mereka akan mengadakan perjumpaan dengan Ismail esok untuk membincangkan perkara itu selain isu lain yang relevan. * Kesatuan itu mahu tahu rasional kepada pengurangan cuti itu. * Adalah t...

Asal Hajarul Aswad putih

Oleh Idris Musa idris@hmetro.com.my SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu. SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu. Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah. Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali. Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia...

Tips Menangani Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah... "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau pe...

Pelajar kidal kurang menyerlah

LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa pelajar kidal sering mendapat markah rendah dalam ujian kecerdikan dan sepanjang tempoh persekolahan mereka berbanding rakan yang menggunakan tangan kanan. Kajian Majlis Penyelidik Sosial dan Ekonomi Britain itu mendakwa perbezaan markah pelajar kidal dengan yang tidak itu cuma satu peratus. Mereka membuat penilaian itu berdasarkan kajian ke atas lebih 10,000 kanak-kanak yang juga responden Projek Kanak-Kanak Universiti Bristol pada 1990-an. Mereka membandingkan data pencapaian setiap kanak-kanak berkenaan di sekolah, berdasarkan ujian pada tahap 1, 2 dan 3 ketika berusia tujuh tahun. Keputusan ujian mereka ketika berusia 11 dan 14 tahun, termasuk ujian kecerdikan turut dicatatkan. Hasil kajian itu menunjukkan, pembangunan diri pelajar, khususnya perempuan lebih ditonjolkan. “Ini membolehkan kami melihat faktor lain mewakili jurang perbezaan besar bagi pembangunan kognitif antara pelajar menggunakan tangan kanan dan kidal. Ini termasuk aspek latar b...

Bayi 9 bulan hilang dalam kandungan

Oleh Ridzuan Ahmad bhnew@bharian.com.my ALOR STAR: Impian seorang anggota tentera untuk menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup selama dua tahun dengan isterinya tidak tercapai selepas bayi yang dikandung suri rumah itu disahkan hilang selepas sembilan bulan mengandung. Pasangan Mohd Fazli Samsudin, 27, dan Nurul Shuhada Mat Isa, 20, tidak dapat menahan kesedihan dan terkejut selepas dimaklumkan doktor pakar di sebuah pusat bersalin swasta di sini bahawa rahim wanita terbabit kosong ketika melakukan imbasan terakhir, Isnin lalu sebelum dijangka bersalin semalam . Nurul Shuhada disahkan mengandung pada Mac lalu selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Angkatan Tentera (Resat), di Kuala Lumpur dan dijangka bersalin pada 29 November lalu. Nurul Shuhada berkata, sukar baginya menerima kenyataan apabila bayi yang dikandung selama sembilan bulan hilang dengan sekelip mata sehingga menimbulkan satu misteri kepada dirinya, suami dan keluarga. “Kerana tidak berpuas hati, saya kemud...

PNB janji 8 peratus

Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bharian.com.my Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman Pelabur ASB, ASN dijangka dapat pulangan kompetitif KUANTAN: Permodalan Nasional Bhd (PNB) yakin dapat mengagihkan pulangan dividen antara tujuh hingga lapan peratus kepada pelabur skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) tahun ini, walaupun pasaran saham tempatan mengalami kemerosotan. Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata pihaknya dijangka mengumumkan kadar pulangan pelaburan yang kompetitif kepada pelabur ASB dan ASN sebelum akhir bulan ini. "Kita tidak menafikan bahawa keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menjejaskan kadar keuntungan PNB, tetapi kita yakin masih mampu memberi pulangan yang kompetitif kepada pelabur. "Kita juga yakin dapat terus mengumumkan kadar pulangan yang baik kepada pelabur dalam unit amanah kami, termasuk ASB dan ASN berdasarkan kepada rekod pencapaian ketika...