Skip to main content

Raptai akhir pertabalan Agong lancar

KUALA LUMPUR - Raptai penuh istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berjalan lancar dengan hampir semua persiapan untuk upacara itu yang bakal berlangsung buat julung kali di Istana Negara, Jalan Duta, tersusun rapi. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata raptai terakhir itu bertujuan mengenal pasti sebarang penambahbaikan dan pembetulan yang perlu dilakukan menjelang istiadat pertabalan itu pada Rabu. "Berdasarkan raptai hari ini, dijangka majlis pertabalan itu akan berlangsung kira-kira sejam dan dihadiri kira-kira 780 tetamu kehormat," katanya kepada pemberita selepas meninjau raptai berkenaan di Istana Negara di sini. Dua raptai istiadat pertabalan berkenaan sebelum ini diadakan pada Khamis dan Jumaat lepas. Rais, selaku Pengerusi Jawatankuasa Istiadat Pertabalan itu, berkata istiadat pertabalan penuh tradisi akan berlangsung di Balairong Seri istana itu. Rais berkata rakyat boleh menyaksikan upacara bersejarah itu melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) selain boleh ditonton di seluruh dunia melalui saluran televisyen web. Sementara itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Awang Kechik Abdul Rahman berkata hampir 2,000 orang termasuk petugas Istana Negara, anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Polis Diraja Malaysia serta pelbagai unit lain bekerja bertungkus-lumus untuk memastikan kelancaran persiapan istiadat pertabalan itu. "Setiap acara diatur sebaik mungkin dan kita juga mengambil langkah persediaan dengan memastikan kita ada pelan sokongan bagi setiap perkara yang dirancang," katanya kepada Bernama. Awang Kechik berkata selain menarik perhatian rakyat, istiadat pertabalan itu mampu menyumbang kepada peningkatan bilangan pelancong ke Istana Negara yang kini mencecah 8,000 orang sehari. - Bernama www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Comments

Popular posts from this blog

Pendaftaran Online untuk Reunion Dinner Matrix USM Penang Batch 88-90

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Harap semua rakan/sahabat kaum ibu/kaum bapa semua sihat ceria! Pendaftaran Online untuk Reunion Dinner Matrix USM Penang Batch 88-90 dengan ini dibuka sekarang. Mohon sokongan semua di kalangan kita untuk mendaftar dan memeriahkan Majlis ini, serta memaklumkan kepada semua rakan-rakan kita yang lain untuk turut bersama dalam Reunion Dinner pertama kali untuk semua bakas Pelajar Matrikulasi USM 88-90. Tuan/Puan boleh register seorang atau datang berdua atau bertiga (untuk makluman, bayaran adalah RM80/pax) ! Sila gunakan Web Rasmi Majlis ini >>> http://www.carwinsolutions.com/event/ ( kuatkan sikit volum, boleh dengar lagu masa register ). Kita akan tutup pendaftaran ini pada Jumaat 23 Mei 2008 untuk membolehkan urusan akhir persiapan Majlis dilaksanakan. Semoga usaha kecil kami ini mendapat sokongan semua untuk menjayakannya. Kerjasama semua untuk panjang-panjangkan dan link emel ini ke blog / web /group masin...

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp...