Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Agama

Solat, zikir, al-Quran terapi tekanan perasaan

Solat, zikir, al-Quran terapi tekanan perasaan Oleh Khairunneezam Mohd Noor DUNIA pekerjaan memang memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja. Tekanan kerja jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti kerja dan motivasi, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri. Tekanan disebabkan pekerjaan adalah interaksi kompleks antara persekitaran tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan serta mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan serta tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal. Tugas terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua suka marah dan suasana kerja tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan itu seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu jika tida...

UNTUK DI KONGSI BERSAMA...

Leteran isteri antara punca kerenggangan rumah tangga Oleh Aminudin Mansor SEBAGAI manusia biasa, sifat marah memang ada dalam hati dan jiwa seseorang. Bagaimanapun, sifat marah boleh dikawal supaya tidak berleluasa daripada menyelubungi perasaan dan tindakan kita. Pakar psikologi menyatakan, sifat marah biasanya berpunca daripada sesuatu sebab atau kesan yang menyebabkan seseorang itu melahirkannya dalam dalam bentuk tindakan dan berasa tidak selesa apabila tidak berbuat demikian. Menurut ahli sufi, marah disebabkan darah yang memenuhi hati dan bertujuan membalas dendam terhadap seseorang. Rasulullah SAW pernah menasihatkan Mu'awiyah: "Wahai Mu'awiyah, jauhkan olehmu sifat marah, kerana marah itu dapat merosakkan iman seseorang seperti pahit jadam merosakkan madu yang manis." Marah berasal daripada syaitan kerana syaitan dijadikan daripada api dan api itu hanya dapat dibunuh dengan air. Maka oleh sebab itu Nabi SA...