Skip to main content

Posts

Showing posts with the label MAS

Tawar sejuta tiket percuma

Tawar sejuta tiket percuma KUALA LUMPUR 4 Mei – Bermula esok, Malaysia Airlines menawarkan sejuta tiket percuma ke semua destinasi penerbangan domestik menerusi produk terbarunya ‘Harga Rendah Setiap Hari’. Pengarah Urusannya, Datuk Seri Idris Jala berkata, syarikat penerbangan kebangsaan itu memperuntukkan secara percuma sehingga 30 peratus tempat duduk dalam setiap penerbangan bagi membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan lima bintang Malaysia Airlines pada tambang sifar. Menurut beliau, tambang percuma itu tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj. Beliau berkata, promosi harga rendah itu buat masa ini meliputi semua destinasi ke seluruh negara dan akan diperluaskan ke destinasi ASEAN tidak lama lagi. “Kami telah berjanji bahawa para pelanggan akan menikmati perkhidmatan lima bintang pada harga rendah. Ramai yang beranggapan ini mustahil dilakukan tetapi sebenarnya tidak. “Kini kami bersedia mengotakan janji itu. Buat pertama kali dalam sejarah kami, Malaysia Airlines men...