Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bharian.com.my Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman Pelabur ASB, ASN dijangka dapat pulangan kompetitif KUANTAN: Permodalan Nasional Bhd (PNB) yakin dapat mengagihkan pulangan dividen antara tujuh hingga lapan peratus kepada pelabur skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) tahun ini, walaupun pasaran saham tempatan mengalami kemerosotan. Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata pihaknya dijangka mengumumkan kadar pulangan pelaburan yang kompetitif kepada pelabur ASB dan ASN sebelum akhir bulan ini. "Kita tidak menafikan bahawa keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu sejak kebelakangan ini menjejaskan kadar keuntungan PNB, tetapi kita yakin masih mampu memberi pulangan yang kompetitif kepada pelabur. "Kita juga yakin dapat terus mengumumkan kadar pulangan yang baik kepada pelabur dalam unit amanah kami, termasuk ASB dan ASN berdasarkan kepada rekod pencapaian ketika...