Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tun Dr. Mahathir

Tun Mahathir keluar UMNO

19/05/2008 2:02pm ALOR STAR 19 Mei _ Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO. Menurutnya, surat rasmi mengenainya akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO secepat mungkin. Katanya, beliau akan berada di luar UMNO selagi Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memimpin parti itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan bertajuk `Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12’ di sini hari ini. - Utusan

Tun Dr Mahathir umum keluar Umno berkuatkuasa serta merta

ALOR STAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta. Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. "Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini hari ini. Bekas Presiden Umno itu juga berkata, beliau hanya akan kembali menjadi anggota Umno selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara. "Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai keluar dari Umno)," katanya. Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah itu, Dr Mahathir dengan waja...

Laman blog Dr. Mahathir

Laman blog Dr. Mahathir 01/05/2008 3:52pm KUALA LUMPUR 1 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai beberapa ahli politik menggunakan laman blog untuk menyatakan pandangan apabila beliau mempunyai laman blog sendiri www.chedet.com. Paparan pertama dalam laman blog itu ialah mengenai penubuhan suruhanjaya pelantikan hakim.