Skip to main content

salam takziah untuk sahabatku.. amiruddin.dan anaknya.... semoga Allah swt masukkan kalian dalam golongan ahli syurga..

salam takziah untuk sahabatku.. amiruddin.dan anaknya.... semoga Allah swt masukkan kalian dalam golongan ahli syurga..
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak dan seorang dewasa yang belum dikenal identiti dan jantina rentung dalam satu kemalangan jalan raya apabila kenderaan yang mereka naiki terbakar di Peringat dekat sini malam tadi. Dalam kejadian pada 8.45 malam itu, sebuah kereta jenis Toyota Rush yang dinaiki mangsa dari arah Kota Baharu menghala ke Pasir Puteh, terbabas sebelum melanggar sebatang tiang lampu dan kemudiannya masuk ke arah jalan bertentangan dan merempuh sebuah pacuan empat roda menyebabkan kedua-dua kenderaan terbakar. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Wan Ngah Wan Long berkata tujuh anggota bomba mengambil masa 10 minit untuk memadamkan kebakaran dan mendapati ada dua orang mangsa iaitu seorang kanak-kanak yang duduk di sebelah pemandu) dan seorang dewasa di tempat duduk pemandu di dalam kereta Toyota Rush itu. Dua penumpang di dalam pacuan empat roda, masing-masing seorang lelaki dan wanita cedera ringan dan diselamatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian, katanya. Dua mayat itu dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini untuk bedah siasat. Saksi kejadian, Abdul Razak Abdullah, 30-an, warganegara Myanmar yang bekerja di sebuah kilang kertas berdekatan tempat kejadian, berkata dia mendengar bunyi dentuman kuat sebelum keluar dari kilang tempat kerjanya. Abdul Razak berkata dia melihat dua kenderaan itu terbakar lalu bergegas menyelamatkan dua mangsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda itu. Orang lain yang berada di kawasan sekitar cuba membantu menyelamatkan mangsa yang berada di dalam Toyota Rush dengan memadamkan kebakaran dengan alat pemadam api yang diambil dari kilang, namun gagal kerana api yang marak. -- B
ERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp...

Pendaftaran Online untuk Reunion Dinner Matrix USM Penang Batch 88-90

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Harap semua rakan/sahabat kaum ibu/kaum bapa semua sihat ceria! Pendaftaran Online untuk Reunion Dinner Matrix USM Penang Batch 88-90 dengan ini dibuka sekarang. Mohon sokongan semua di kalangan kita untuk mendaftar dan memeriahkan Majlis ini, serta memaklumkan kepada semua rakan-rakan kita yang lain untuk turut bersama dalam Reunion Dinner pertama kali untuk semua bakas Pelajar Matrikulasi USM 88-90. Tuan/Puan boleh register seorang atau datang berdua atau bertiga (untuk makluman, bayaran adalah RM80/pax) ! Sila gunakan Web Rasmi Majlis ini >>> http://www.carwinsolutions.com/event/ ( kuatkan sikit volum, boleh dengar lagu masa register ). Kita akan tutup pendaftaran ini pada Jumaat 23 Mei 2008 untuk membolehkan urusan akhir persiapan Majlis dilaksanakan. Semoga usaha kecil kami ini mendapat sokongan semua untuk menjayakannya. Kerjasama semua untuk panjang-panjangkan dan link emel ini ke blog / web /group masin...