Skip to main content

Pelajar kidal kurang menyerlah

LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa pelajar kidal sering mendapat markah rendah dalam ujian kecerdikan dan sepanjang tempoh persekolahan mereka berbanding rakan yang menggunakan tangan kanan.

Kajian Majlis Penyelidik Sosial dan Ekonomi Britain itu mendakwa perbezaan markah pelajar kidal dengan yang tidak itu cuma satu peratus.

Mereka membuat penilaian itu berdasarkan kajian ke atas lebih 10,000 kanak-kanak yang juga responden Projek Kanak-Kanak Universiti Bristol pada 1990-an.

Mereka membandingkan data pencapaian setiap kanak-kanak berkenaan di sekolah, berdasarkan ujian pada tahap 1, 2 dan 3 ketika berusia tujuh tahun.

Keputusan ujian mereka ketika berusia 11 dan 14 tahun, termasuk ujian kecerdikan turut dicatatkan.

Hasil kajian itu menunjukkan, pembangunan diri pelajar, khususnya perempuan lebih ditonjolkan.

“Ini membolehkan kami melihat faktor lain mewakili jurang perbezaan besar bagi pembangunan kognitif antara pelajar menggunakan tangan kanan dan kidal. Ini termasuk aspek latar belakang keluarga dan saiz keluarga,” kata ketua penyelidik, Profesor Paul Gregg. - Agens

Comments

Popular posts from this blog

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp...

Pendaftaran Online untuk Reunion Dinner Matrix USM Penang Batch 88-90

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Harap semua rakan/sahabat kaum ibu/kaum bapa semua sihat ceria! Pendaftaran Online untuk Reunion Dinner Matrix USM Penang Batch 88-90 dengan ini dibuka sekarang. Mohon sokongan semua di kalangan kita untuk mendaftar dan memeriahkan Majlis ini, serta memaklumkan kepada semua rakan-rakan kita yang lain untuk turut bersama dalam Reunion Dinner pertama kali untuk semua bakas Pelajar Matrikulasi USM 88-90. Tuan/Puan boleh register seorang atau datang berdua atau bertiga (untuk makluman, bayaran adalah RM80/pax) ! Sila gunakan Web Rasmi Majlis ini >>> http://www.carwinsolutions.com/event/ ( kuatkan sikit volum, boleh dengar lagu masa register ). Kita akan tutup pendaftaran ini pada Jumaat 23 Mei 2008 untuk membolehkan urusan akhir persiapan Majlis dilaksanakan. Semoga usaha kecil kami ini mendapat sokongan semua untuk menjayakannya. Kerjasama semua untuk panjang-panjangkan dan link emel ini ke blog / web /group masin...