Skip to main content

Posts

Keprihatinan Tuanku Abdul Halim

Keprihatinan Tuanku Abdul Halim KE BAWAH Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid dari tahun 1946 hingga 1949. Semasa menuntut di situ, baginda pernah bersemayam di asrama Kolej Sultan Abdul Hamid dan bergaul dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat. Guru dan rakan sekolah menyifatkan baginda seorang yang berhemah tinggi, seorang yang bertolak-ansur dan tidak pernah berbangga diri, biarpun baginda ketika itu bakal raja Kedah. Menurut tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof, baginda yang aktif dalam pasukan seragam kerap mengikuti perkhemahan termasuk di Gunung Jerai bersama-sama rakan-rakannya. Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, baginda berangkat ke England pada Februari 1949 u...

Beri pelajar hamil peluang

Benarkan mereka kembalik ke sekolah agar masa depan merekan lebih terjamin: Fatimah FATIMAH ABDULLAH KUCHING: Pelajar yang mengandung luar nikah wajar diberi peluang untuk kembali ke sekolah selepas bersalin. Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata, pelajaran akan memastikan kehidupan mereka pada masa depan lebih cerah. “Ini penting untuk saya jelaskan setelah meminta pendapat menteri bertanggungjawab (Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin), pelajar berkenaan perlu dibenarkan untuk kembali bersekolah. “Justeru, saya berharap pihak sekolah akan memberi peluang kepada anak-anak ini untuk bersekolah balik,” katanya ketika berucap merasmikan program keibubapaan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Laut, di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada penghuni rumah Pusat Perlindungan Kanak-Kanak Taman Sri Puteri di Telaga Air akan dibenarkan kembali bersekolah atau sebaliknya. Hadir sama, Ahli Dewan Un...

PTA holds parenting programme for teachers, parents

KUCHING: A parenting programme that brought teachers and parents together to discuss on the welfare of their children in school was held at the Penview Inn yesterday. The programme, organised by the Parent-Teacher Association (PTA) of SMK Demak Baru Kuching, saw the presence of Minister in the Chief Minister’s Department Datin Hajah Fatimah Abdullah and Samariang state assemblywoman Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Speaking at the event , Fatimah touched on factors that caused social issues among students, and how schools and teachers could change the environment to make learning more enjoyable to benefit the students. “Besides giving attention to the development of their children’s education, parents should also pay close attention to the social development of their children,” she said, adding that in today’s environment, the lifestyle of children was always changing. “It is time to increase the funds for PTAs so that they could focus on developing the human capital,” said Fatima...

Give these girls a second chance — Fatimah

Give these girls a second chance — Fatimah by Sandy Mark Luna. Posted on November 8, 2010, Monday KUCHING: Students who got pregnant out of wedlock should be allowed to return to school after giving birth. Datin Fatimah Abdullah Minister in Chief Minister’s Department Datin Fatimah Abdullah said an education would ensure they have a better future. “Having asked Education Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s opinion on this, it is important for me to stress that the students be allowed to return to school,” she said. Speaking at a programme organised by the Parent-Teacher Association (PIBG) of SMK Demak Laut yesterday, she expressed her hope that schools would give these girls a chance to resume their studies. Fatimah said it would be a difficult decision for an individual to make, especially when some of the students might have been rape victims who never saw this happening to them. If they should decide to return to school, it should be fully supported by the community because they hav...

yoram sudah sihat

terima kasih pada kawan yang membantu :

Tindakan nekad guru, pengawal selamatkan murid daripada lemas

KAMPAR: Tindakan nekad seorang guru dan tiga pengawal keselamatan terjun mengharung air deras dalam kegelapan malam menyelamatkan 19 murid daripada hanyut dalam kejadian jambatan runtuh di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di sini, malam tadi. Hanya cahaya samar lampu dari kawasan perkhemahan yang terletak di seberang tebing sungai berkenaan membantu usaha menyelamat itu. Suasana ketika itu kelam kabut dengan jeritan minta tolong dan tangisan murid yang berpaut pada tali jambatan, kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad, 38, hari ini. Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, 22 murid terjatuh ke dalam Sungai Kampar ketika sedang menaiki jambatan gantung yang baru dibina dua minggu lalu itu untuk jamuan malam di SK Kuala Dipang. Kumpulan itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan yang terletak di tebing berdepan sekola...