Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Keprihatinan Tuanku Abdul Halim

Keprihatinan Tuanku Abdul Halim KE BAWAH Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah diputerakan pada 28 November 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid dari tahun 1946 hingga 1949. Semasa menuntut di situ, baginda pernah bersemayam di asrama Kolej Sultan Abdul Hamid dan bergaul dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai latar belakang dan lapisan masyarakat. Guru dan rakan sekolah menyifatkan baginda seorang yang berhemah tinggi, seorang yang bertolak-ansur dan tidak pernah berbangga diri, biarpun baginda ketika itu bakal raja Kedah. Menurut tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof, baginda yang aktif dalam pasukan seragam kerap mengikuti perkhemahan termasuk di Gunung Jerai bersama-sama rakan-rakannya. Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, baginda berangkat ke England pada Februari 1949 u