Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Autobiografi Malcolm X sumber hidayah Amina

Susunan ZUARIDA MOHYIN Malcolm X MALCOLM X, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya bagi mereka yang mengikuti sejarah Amerika. Kisah kehidupan pemidato dan aktivis hak asasi manusia terkemuka ini, sentiasa menjadi pemangkin semangat serta idola sepanjang zaman, khasnya kepada golongan Afrika Amerika. Malah kisah penghijrahan akidah lelaki kelahiran Omaha, Nebraska ini atau nama Islamnya, El-Hajj Malik El-Shabazz turut menjadi sumber inspirasi serta titik perubahan akidah kepada pelbagai ras masyarakat di Amerika. Salah seorang daripadanya ialah gadis yang bernama Amina Cisse Muhammad Kata Amina, semuanya bermula semasa dia mengikuti pengajian bidang sosiologi di kolej kira-kira tahun 1970-an. Pada masa itu juga, dia dikehendaki membaca buku berjudul Autobiografi of Malcolm X, di mana Malcolm menjadi penulis bersama dengan Alex Haley. Akui gadis Afrika Amerika lagi, pengetahuannya tentang Islam sekadar menerusi buku teks yang digunakan oleh guru semasa peringkat sekolah re

Subjek teras dikurang

Oleh Syuhada Choo Abdullah choo@bharian.com.my Calon SPM boleh ambil lebih banyak mata pelajaran elektif ikut pengkhususan KUALA LUMPUR: Bilangan subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikurangkan kepada tiga atau empat, berbanding enam sekarang selaras keputusan mengehadkan maksimum 10 mata pelajaran yang boleh diambil calon peperiksaan itu, mulai tahun depan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata pengurangan subjek teras itu akan membolehkan calon SPM dalam semua aliran pendidikan, termasuk agama mengambil lebih banyak mata pelajaran elektif mengikut keperluan bidang pengkhususan dan minat masing-masing. Ketika ini, calon SPM wajib mengambil enam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah dan Pendidikan Islam/Pendidikan Moral. "Apabila jumlah mata pelajaran teras dikurangkan kepada tiga atau empat, setiap calon akan dikehendaki mengambil minimum enam sehingga maksimum 10 subjek dalam peperiksaan itu. "

SMK DEMAK BARU- Sambutan Hari Guru

Digigit, diludah, ditendang

MENGUTAMAKAN kegigihan dan kejujuran dalam kerjaya menjadi prinsip wanita yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur ini dalam mendidik anak-anak istimewa. Tanpa kedua-dua aspek itu, Nurfadzilah Abu Samad, 33, mungkin tidak mampu berdepan dengan pelbagai kerenah dan kesukaran menjadi pendidik kepada kanak-kanak istimewa. "Saya pernah berputus asa dalam mengajar kanak-kanak istimewa ini dan tanggungjawab yang harus dipikul juga terlalu berat. "Bayangkanlah, ada pelajar yang baring di luar kelas, ada yang memukul dan menggigit saya kerana tidak memberi perhatian terhadapnya dan pelbagai cabaran lain," kata Nurfadzilah yang memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1994 di sekolah pendidikan khas cacat pendengaran di Jalan Peel, Cheras sebelum beralih ke Sekolah Menengah Danau Kota, Setapak dua tahun lalu. NORAZAH Abdul Aziz (kiri) begitu asyik melihat bongkah segi empat pada tangan Cikgu Nurfadzillah. Tambahnya, cabaran paling berat yang pernah dihadapinya adalah apabila seor

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik 2008

Bijak urus hutang

Tulis jumlah keseluruhan hutang yang perlu dibayar dan tampal di mana sahaja tempat yang selalu anda gunakan. Contohnya, di cermin almari solek atau papan tanda di rumah atau pejabat. MENGURANGKAN penggunaan kad kredit membantu anda mengurus kewangan dengan lebih baik. - Gambar hiasan MENYEDIAKAN hidangan sendiri di rumah adalah langkah terbaik bagi mengurangkan kos perbelanjaan bulanan. - Gambar hiasan UNTUK mencapai matlamat kewangan, kita sememangnya memerlukan wang. Namun, sekiranya kita mendapatkannya dengan cara senang iaitu melalui jalan mudah, selalunya pelbagai masalah akan timbul. Hakikatnya, ia akan membawa padah apabila memiliki hutang yang banyak. Mana tidaknya, wang yang senang didapati itu diambil daripada transaksi kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman overderaf dari institusi kewangan dan bank atau pinjaman menerusi khidmat ah long. Bukan itu sahaja, sudahlah hutang meningkat, diri sendiri juga perlu membayar pinjaman perumahan dan kereta, termasuk membayar kos kehid

Siar Beach Resort- KRS