Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Perokok lebih hina daripada lembu: Nik Aziz

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu. Nik Azizk, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan. "Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. "Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah). "Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini. Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat. Beliau

Dasar 40:60 pelajar sastera-sains belum tercapai

KUALA LUMPUR 26 Mac - Dasar 40:60 bagi pelajar sastera-sains masih belum tercapai walaupun selepas 42 tahun pelaksanaannya. Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, penglibatan para pelajar dalam bidang sains dan teknologi masih kurang, berbanding jumlah mereka yang menuntut di institut pengajian tinggi awam (IPTA). ''Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia 2004 menunjukkan graduan sains dan teknologi yang dihasilkan oleh IPTA hanyalah 32.4 peratus berbanding keperluan 60 peratus dalam bidang ini,'' katanya ketika berucap pada majlis perasmian seminar Sains Yang Menarik di sini baru-baru ini. Menurutnya, penglibatan dan pencapaian pelajar dalam bidang sains dan teknologi di negara ini juga masih belum berada pada tahap yang membanggakan. Malah, beliau berkata, kefahaman dan keupayaan masyarakat terhadap bidang berkenaan juga masih jauh ketinggalan. Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Cikgu lepas geram

Oleh Mohd Amin Jalil dan Nor Azmelia Azahari am@hmetro.com.my SEREMBAN: Salahnya cuma melompat-lompat di kaki lima kelas ketika menunggu cikgu datang mengajar. Tindakan murid tahun dua itu mengundang padah apabila dia ditampar beberapa kali di belakang badan oleh seorang guru lelaki yang melepaskan geram hingga badannya berbirat, semalam. Berikutan kejadian jam 11.20 pagi itu, murid tahun dua sebuah sekolah kebangsaan dekat sini, Muhammad Zaiem Iskandar Roslan, 8, menangis kesakitan tanpa henti hingga menyebabkan pihak sekolah terpaksa memanggil ibunya. Difahamkan, sebelum kejadian, gelagat murid terbabit bermain di luar kelas disedari guru lelaki berkenaan yang mengajar di kelas bersebelahan, menyebabkan dia memarahi Muhammad Zaiem sebelum melepas geram dengan memukul dan menampar belakang badannya. Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali Roslan (gambar), 30-an, berkata dia dimaklumkan kejadian itu selepas dihubungi isterinya yang menerima panggilan daripada guru besar sekolah itu, kir

INILAH RUMAH SAYA

Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari Hidup tanpa peralatan canggih dan kemudahan sempurna bukan penghalang untuk seseorang menempa kejayaan. Malah kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan ibu bapa. Siapa sangka rumah yang kelihatan hampir roboh ini menyimpan sebutir permata berharga yang bakal menyinar suatu hari nanti. Bahkan tidak seorang juga yang terfikir bahawa permata yang berlindung di rumah ini telah mencipta sejarah dengan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2. Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelay

Hyundai starex

PEMOTORAN Kebebasan ruang kargo Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my Juga dikenali sebagai model H1 dan H200, kenderaan dengan kapasiti 11 orang tempat duduk ini sesuai untuk pelbagai aktiviti. SEJAK konsep kenderaan untuk pengangkutan penumpang atau barangan iaitu van beralih kepada MPV (kenderaan pelbagai guna), kita seakan-akan sudah lupa dengan kelebihan sebuah van. MPV mampu menyediakan tahap ergonomik dan pemanduan lebih selesa seakan-akan sebuah sedan. Namun ia masih belum berupaya menyediakan ruang yang luas untuk mengisi ramai penumpang. Lagi pun, tidak ramai antara kita yang mampu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli model-model MPV besar dan premium seperti Toyota Alphard, Estima atau Nissan Elgrand. Menyedari wujudnya permintaan tersebut, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM) memperkenalkan model yang dikenali sebagai Hyundai Starex. Dengan kapasiti 11 tempat duduk, ia menjadi model MPV atau mini van bersaiz penuh paling mamp

Keputusan SPM, STAM 12 Mac ini

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada 12 Mac ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, dalam kenyataan hari ini berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi. "Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri," katanya. Alimuddin berkata, pengumuman analisis keputusan SPM dan STAM 2008 akan diadakan serentak pada 12 Mac jam 9 pagi di Putrajaya. Seramai 442,936 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaanSPM 2008 dan daripada jumlah itu 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah Kementerian Pelajaran, 16,019 (3.6 peratus) calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu, 10,331 (2.3 peratus) calon sekolah swasta dan 28,507 (6.5 peratus) calon persendirian perseorangan, katanya. - Bernama