Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2009

Kereta Korea menang anugerah

PENGELUAR kenderaan gergasi Korea mengumpul dua lagi anugerah apabila diiktiraf sebagai 'Car Of The Year 2008' anjuran Asian Auto bagi kategori Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) bersaiz besar dan Kenderaan Sport Utiliti (SUV), baru-baru ini. Semua juri pertandingan itu sebulat suara memilih Hyundai Grand Starex dan Inokom Santa Fe CRDI VGT sebagai kenderaan paling layak diberi anugerah terbabit berdasarkan beberapa kriteria yang berjaya menewaskan pesaingnya. Antaranya gaya, kemudahan, keselamatan, ciri standard, keteguhan binaan, pemanduan, kuasa, ekonomi dan nilai kepada wang yang dilaburkan. Anugerah itu disampaikan Editor Kumpulan MTM Publications Sdn Bhd, Denis Wong. Dalam kategori itu, Grand Starex dan Santa Fe bersaing sengit dengan beberapa model terkenal lain dari Jepun, Korea dan Eropah. Bagaimanapun, kedua-dua model berkenaan berjaya memperoleh mata tertinggi juri dan dinobatkan sebagai juara kategori masing-masing. Hyundai Grand Starex dijana enjin diesel 2.5 liter CRDi

Alor Star dieja "Alor Setar" semula

14/01/2009 5:23pm ALOR SETAR 14 Jan. - Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ejaan asal Alor Setar diubah kepada ’Alor Star’ semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990-an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas. - Bernama

i-Teacher

Salam buat semua pelajar-pelajar yang sedang belajar di tingkatan 4 atau 5 tahun 2009 , rakan-rakan dan semua pembaca blog saya. Sesiapa yang berminat untuk melanggan i-Teacher boleh hubungi saya : AZMAN BIN SALLEH. Phone: 019-8852901. Selamat mempelajari sesuatu yang luar biasa untuk mendapat keputusan yang sangat luar biasa....

Kutipan derma sembahyang Jumaat diserah kepada Palestin

08/01/2009 9:06pm KUALA LUMPUR 8 Jan. — Bermula esok, semua kutipan derma sembahyang Jumaat selama tiga minggu berturut-turut di seluruh negara perlu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata wang itu akan dikumpul di Kuala Lumpur sebelum diserahkan kepada Kementerian Luar. “Saya memohon semua umat Islam agar menderma lebih sedikit daripada hari biasa untuk membuktikan keprihatinan sebagai orang Islam terhadap rakan seagama yang menjadi mangsa kekejaman Yahudi di Gaza. “Bagi kutipan yang digunakan untuk membayar bil elektrik, air, elaun imam serta penceramah, saya minta lupakan sekejap perkara tersebut dan gunalah peruntukan lain untuk menjelaskannya... hanya untuk tiga minggu ini sahaja,” katanya semasa sidang akhbar mengumumkan prestasi kutipan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) di sini hari ini. - Bernama

'Terima kasih cikgu'

PUTRAJAYA 31 Dis. - "Kejayaan ini adalah hasil dan berkat pengorbanan guru yang sanggup bekerja siang dan malam untuk melihat kami berjaya. Terima kasih cikgu." Begitulah ungkapan seorang pelajar cemerlang, Muhammad Haziq Abd. Rahim, 15, yang berjaya mendapat 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam. Muhammad Haziq adalah antara 139 daripada 168 calon Sekolah Sultan Alam Shah di sini yang memperoleh 8A dalam peperiksaan itu. Dia yang tidak menjangka meraih keputusan terbaik itu hanya berserah pada Allah kerana beberapa subjek sangat sukar untuk dijawabnya dengan baik semasa menduduki PMR lalu. "Saya sudah berputus asa pada hari pertama peperiksaan kerana subjek Bahasa Melayu sangat mencabar dan susah untuk dijawab tetapi Alhamdulillah, ibu banyak menenangkan saya supaya memberi fokus pada subjek yang lain," katanya yang ditemani ibunya, Siti Nor Wahid, 43. Seorang lagi pelajar 8A, Wan Mohd. Fadzrul Hanif, 15, juga berkata, kejayaan

PPSMI masih perlu kajian teliti

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY KUALA LUMPUR 31 Dis. - Kementerian Pelajaran perlu membuat kajian mendalam berhubung pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) supaya ia dilihat adil bagi semua pihak. Tokoh pendidik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, sebarang keputusan mengenai pelaksanaan PPSMI perlu dikaji dengan sedalam-dalamnya tanpa bersandar pada satu pencapaian peperiksaan semata-mata. ''Pencapaian menerusi satu peperiksaan besar sahaja tidak cukup untuk membuktikan PPSMI telah menemui kejayaannya. ''Kita tidak boleh tergopoh-gopoh untuk membuat satu dasar hanya berpandu pada satu kejayaan sahaja, saya sendiri berasa sangsi jika ia diteruskan tanpa ada penelitian yang lebih terperinci,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai pencapaian peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini yang mencatatkan peningkatan sebanyak 51.2 peratus

JPA: Taklimat tukar skim KWSP kepada pencen mulai Selasa

01/01/2009 2:23pm KUALA LUMPUR 1 Jan. — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), mulai Selasa ini hingga 13 Januari depan, akan menganjurkan sesi taklimat kepada kakitangan kerajaan mengenai tawaran opsyen kepada mereka yang ingin menukar daripada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada skim pencen. Taklimat tersebut dibuat berikutan keputusan kerajaan pada November 2008 yang membenarkan kakitangan awam yang memilih skim KWSP untuk menukar semula kepada skim pencen, yang mana akan memberikan banyak faedah kepada para pesara termasuk faedah perubatan dan kesihatan, kata JPA dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut JPA, setakat ini hampir separuh daripada 66,000 pekerja sektor awam yang membuat caruman KWSP dijangka akan menerima tawaran opsyen pencen tersebut. Katanya, sebanyak 13 lokasi di seluruh negara telah dipilih untuk diadakan taklimat itu dan taklimat pertama akan diadakan Selasa ini untuk bahagian tengah di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bang