Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

ALPHA LIPID LIFELINE

SIHAT SECARA SEMULAJADI UNTUK SEISI KELUARGA... berminat dan mahu membeli untuk kesihatan yang baik... hubungi saya AZMAN BIN SALLEH TEL:019-8852901 ALPHA LIPID LIFELINE "Kolostrum adalah selamat, ia disediakan oleh alam semulajadi sebagai makanan awal mamalia. Sukar untuk membayangkan makanan tambahan lain yang lebih semulajadi dan berfaedah." International Institute of Nutritional Research, USA Alpha Lipid adalah kolustrum terbaik di dunia yang kaya dengan antibodi semulajadi yang dapat meningkatkan sistem daya tahan melawan penyakit. Ia selamat digunakan semua peringkat umur. Alpha Lipid Lifeline adalah pemakanan semulajadi yang amat berkhasiat dan lengkap untuk keperluan seharian diet manusia. ALPHA LIPID LIFELINE  Produk kesihatan yang unggul  Selamat dan tidak toksik  Tidak allergik  Kaya dengan bahan pemulih penyakit KELEBIHAN KOLOSTRUM ALPHA LIPID LIFELINE™ 1.Formula Alpha Lipid ™ 100% berkesan dan diserap dengan cepat. 2.Membantu memulihkan pelbagai penyakit ke

Nombor talian maklumat terkini Mumbai, Bangkok

NEGARA KUALA LUMPUR - Kementerian Luar menyediakan talian yang boleh dihubungi bagi orang ramai untuk memperoleh maklumat terkini mengenai keadaan di Mumbai, India dan Bangkok, Thailand. Nombor-nombor di kementerian itu, di Putrajaya: Waktu pejabat: Ayaub Bachi, Setiausaha Bahagian (Bahagian Konsular) Tel (pejabat) : 03.88874643/4081 H/P: 019.2333465 Khuzaimah Supar, Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Konsular) Tel (pejabat): 03.88874033 H/P : 019-2198428 Kathreen LE Saga, Penolong Setiausaha (Bahagian Konsular) Tel (Pejabat): 03-8887 4530 H/P: 013-833 1797 Selepas waktu pejabat dari 5.30 petang hingga 7.30 malam /Hujung Minggu/Cuti Umum: Pegawai Bertugas: Tel: 03-88892746/03-8887 4750 Nombor dihubungi di Mumbai, India - 24 jam: Wan Zaidi Wan Abdullah, Konsul Jeneral Tel: +91 9920302506 (H/P) Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai, No 4-B, 4th floor, Notan Plaza, Turner Road, Bandra (West) Mumbai 400050, India Tel : +91 22 2645 5751 +91 22 2645 5752 Faks: +91 22 2645 5750 Nombor dihubung

Dua sekolah di Sabah gagal UPSR 100 peratus

BEAUFORT 27 Nov. - Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd. Dun hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan pencapaian buruk dua buah sekolah rendah di sini dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 yang gagal 100 peratus. Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Klias berkata, pencapaian terburuk itu adalah amat memeranjatkan dan semua pihak diminta tidak menuding jari antara satu sama lain. ''Kita harap pihak sekolah akan membuat kajian terperinci punca utama yang menyebabkan sekolah-sekolah ini gagal seratus peratus,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan guru-guru besar sekolah rendah dari daerah ini di Wisma Persekutuan di sini hari ini. Sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kebulu yang hanya mempunyai lima murid dan SK Kepawa yang mempunyai lapan murid. Beliau berkata, pencapaian UPSR 2008 yang buruk bukan sahaja di SK Kebulu dan SK Kepawa tetapi juga hampir di semua 41 buah

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal 28/11/2008 7:27pm KUALA LUMPUR 28 Nov.— Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland dekat sini kira-kira 6.30 petang tadi. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi Bernama hari ini. - Bernama

Tiada kutipan PIBG awal tahun

Oleh nor zainah nordin KUALA LUMPUR 27 Nov. - Mulai tahun depan, sebarang kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak lagi dibuat pada awal tahun, kata Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien. Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Awal Penggal Persekolahan 2009 pada Isnin lalu memutuskan bahawa bayaran tambahan tersebut akan dikutip pada pertengahan tahun setelah mendapat persetujuan mesyuarat PIBG. Katanya, melalui langkah itu, PIBG dan ibu bapa diberi peluang untuk menentukan jumlah yang akan dikutip daripada ibu bapa. ''Selain mengurangkan beban tanggungan ibu bapa, khususnya pada awal penggal, langkah ini juga selaras dengan usaha Kementerian Pelajaran mengupayakan peranan dan tanggungjawab PIBG dalam sama-sama membantu membangunkan sistem pendidikan negara," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Cuba ke Malaysia, Carlos Alfredo di bangunan Parlimen di sini hari ini. Menurut Hishammud

PM umum lagi insentif

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HELMI MOHD. FOAD TAHNIAH ... Abdullah Ahmad Badawi memberikan tepukan kepada Dr. Ibrahim Abu Shah setelah Universiti Teknologi MARA muncul juara Anugerah Kualiti Perdana Menteri bagi sektor awam di Putrajaya, semalam.– Gambar Zaki Amiruddin PUTRAJAYA 27 Nov. – Lebih 40,000 kakitangan awam yang sebelum ini mengambil opsyen skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menarik nafas lega apabila mereka kini dibenarkan untuk bertukar kepada skim pencen, berkuat kuasa 1 Februari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kakitangan awam terbabit diberikan peluang selama sebulan untuk membuat pilihan berhubung skim tersebut iaitu dari 1 Januari hingga 31 Januari 2009. Berucap menyampaikan Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di sini hari ini, beliau memberitahu, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam pada mesyuaratnya baru-baru ini. ‘‘Ini tentunya memberikan kebaikan kepada

913 kakitangan awam dibenar kerja sambilan

24/11/2008 2:11pm KUALA LUMPUR 24 Nov. — Kerajaan meluluskan sebanyak 913 daripada 934 permohonan kakitangan awam untuk melakukan kerja sambilan bagi menambah pendapatan sejak Jun lepas, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Johari Baharum. Beliau berkata, kelulusan diberi kerana kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan seperti tidak dilakukan dalam waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas mereka. “Permohonan adalah daripada kalangan pegawai peringkat rendah dan golongan profesional seperti guru, pensyarah dan doktor... dari Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) hanya melibatkan lima orang,” katanya menjawab soalan Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Johari berkata, kakitangan awam digalakkan membuat kerja sambilan termasuk doktor dan guru menggunakan kepakaran masing-masing di luar waktu kerja tanpa menjejaskan prestasi mereka. “Contohnya para guru mengadakan kelas tambahan, pensyarah boleh ber

Keputusan di bawah PPSMI memuaskan

KOTA BHARU 13 Nov. – Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di bawah sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang pertama kali diperkenalkan pada tahun ini, adalah memuaskan walaupun terdapat penurunan pelajar yang mendapat 5A. Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia jelas membuktikan dasar PPSMI yang diperkenalkan sejak enam tahun lalu, tidak menjejaskan prestasi para pelajar. Menurutnya, biar pun keputusan peperiksaan itu memuaskan tetapi ia tidak bermakna dasar tersebut adalah tepat dan kerajaan tidak melakukan perubahan. “Keputusan UPSR tahun ini ok, tidak ada yang melonjak tinggi dan tidak menurun sekali gus. Ini baik selepas enam tahun sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dilaksanakan, ia tidak menjejaskan kedudukan anak- anak kita. “Ini tidak bermakna dasar itu tepat dan kita tidak akan buat perubahan (dasar) tetapi sekurang-kurangnya ia menafikan tud

DANGEROUS DRUGS

DANGEROUS DRUGS HAVE BEEN GLOBALLY DISCARDED BUT ARE AVAILABLE IN INDIA .. The most common ones are action 500 & Nimulid. ! PHENYLPROPANOLAMINE: cold and cough. Reason for ban : stroke. Brand name : Vicks Action-500 ________________________________________________________________________ ANALGIN: This is a pain-killer. Reason for ban: Bone marrow depression. Brand name: ! Novalgin ___________________________________________________________ CISAPRIDE: Acidity, constipation. Reason for ban : irregular heartbeat Brand name : Ciza, Syspride ____________________________________________________________ DROPERIDOL: Anti-depressant. Reason for ban : Irregular heartbeat. Brand name : Droperol ______________________________________________________________ FURAZOLIDONE: Antidiarrhoeal. Reason for ban : Cancer. Brand name : Furoxone, Lomofen _____________________________________________________________ NIMESULIDE: Painkiller, fever. Reason for ban : Liver failure. Brand name : Nise, Nimulid __