Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

SELAMAT HARI RAYA

Salam buat semua rakan rakan. Selamathari raya aidil fitri ....mohon kemaafan di atas segala kesilapan yang lalu...

Yoram Reman

Petang tadi sempat ke hospital umum sarawak,,, sampaikan sedikit duit untuk family Reman dan satu beg pakaian untuk anak anaknya...yoram mula keguguran rambut yang amat ketara...

Sesi persekolahan 2009 bermula 4 Januari

24/09/2008 4:04pm KUALA LUMPUR 24 Sept. — Sesi persekolahan untuk tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah pada hari berikutnya. Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran mengenai kalendar persekolahan tahun depan, penggal pertama bagi sekolah-sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah dari 13 Mac hingga 21 Mac, cuti pertengahan tahun dari 29 Mei hingga 13 Jun, cuti penggal kedua 21 Ogos hingga 29 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2010. Bagi negeri-negeri lain, cuti penggal pertama bermula 14 Mac hingga 22 Mac; pertengahan tahun 30 Mei hingga 14 Jun; penggal kedua 22 Ogos hingga 30 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 21 Nov hingga 3 Jan 2010. Menurut kementerian itu, jumlah hari persekolahan termasuk cuti am tahun depan ialah sebanyak 208 hari. — BERNAMA

MangkukTingkat.com

MangkukTingkat.com Oleh Ziauddin Sharuddin zia@bharian.com.my KEBERSIHAN menjadi keutamaan dalam proses penyediaan makanan. Program perniagaan bantu ibu tunggal - Nur Hikmah akan perluaskan program MangkukTingkat.com ke seluruh negara mulai bulan depan MANGKUK tingkat dalam budaya penduduk Malaysia pada suatu masa dulu digunakan pekerja sektor pembinaan dan petani di kebun untuk menikmati makanan yang lazat, panas dan bersih seperti di rumah. Bukan luar biasa melihat 'pekerja kontrak' membawa mangkuk tingkat sambil berbasikal dan tiada siapa pun peduli. Nilai mangkuk tingkat mungkin berubah tidak lama lagi apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak Jun lalu, memperkenalkan program penghantaran makanan menggunakan mangkuk tingkat yang dikenali sebagai Program MangkukTingkat.com. Di seluruh dunia, `kotak makan tengah hari’ seperti mangkuk tingkat adalah sebahagian budaya popular. Di India yang turut menggunakan mangkuk tingkat, dabbawala (orang yang menghantar kotak ma

YORAM DILAWATI OLEH YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

salam buat rakan pembaca.. pada hari ini saya berasa amat berterima kasih kepada YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN kerana dengan izinNYA pada hari ini bermulanya detik yang baik untuk Yoram..Yb dengan berbesar hati sudi untuk membantu menyelesaikan perkara-perkara yang perlu.. terima kasih Yb.. Semoga Yb terus dirahmati Allah selamanya. Amin.. Moga Yoram akan cepat sempuh dan adik adik beliau dapat belajar.... famliy yoram yoram ,azman dan YB. DR. ABANG HJ. ABDUL RAUF B. ABANG HJ. ZEN

Doa dan harapan buat adik Yoram Reman

Satu harapan dan permintaan buat rakan pembaca... Semoga tuan/puan semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik olehNya.. Petang tadi saya ke Hospital Umum Sarawak berjumpa dengan satu keluarga masyarakat Penan dari Limbang(Kampungnya asal sudah diberitahu..namum tanpa catatan..saya tidak dapat mengingatnya...rumah leju,kampung long napir, ulu limbang).Ke hospital bertujuan menghantar duit buat keluarga tersebut. Duit kiriman dari kakak dan sahabatnya dari Brunei. Kesedihan amat terasa mengenangkan keluarga ini akan berada di Hospital sekurang-kurangnya 5 bulan mulai Sekarang.. September 2008 tanpa duit perbelanjaan untuk hidup....bertarung untuk hidup dengan penyakit leukemia ... Atas rasa simpati sebagai masyarakat Malaysia yang rasa bersyukur dan mensyukuri nikmatNya.. saya dengan ini secara sukarela dapat menyampaikan segala pemberian duit atau keperluan lain daripada tuan/puan kepada keluarga tersebut.. Nama pesakit YORAM REMAN tel:0198397820 Yang sudi membantu: Az

Beri ganjaran berpatutan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI hasliza.nusi@kosmo.com.my Si kecil mula bertanya tentang persiapan dan perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja Ramadan menjelang. Apakah yang perlu dilakukan ibu bapa untuk melatih anak berpuasa? LATIHLAH si kecil berpuasa seawal usia 5 tahun. PEPATAH Melayu sering mengatakan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ungkapan lama itu wajar menjadi pegangan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Berpuasa, antara ibadat yang wajar dilatih sejak kecil lagi. Ia bagi membiasakan diri anak-anak dalam mengerjakan Rukun Islam yang ketiga. Namun, di sebalik menunaikan tuntutan-Nya ini, masih ramai ibu bapa tidak mengetahui apakah kaedah terbaik bagi mendidik si kecil agar menunaikan kewajipan berpuasa. "Ayah, betul ke siapa yang tak puasa, tak boleh sambut hari raya?" atau "Perlu ke... adik berpuasa? Macam mana nak tahan lapar sepanjang hari" atau "Tak tahan tengok kawan-kawan adik makan di sekolah waktu rehat tadi," merupakan antara kata-kata