Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2008

Sebak dengar anak panggil 'ayah'

Oleh FATIHAH MOHAMED RAHMAN memberikan anak bongsunya minum sambil diperhatikan oleh anaknya yang lain di Penjara Kajang, semalam. KAJANG - "Saya tidak boleh tidur semalaman sebab tidak sabar menunggu perjumpaan hari ini (semalam) untuk dengar sendiri anak bongsu saya yang hanya boleh merangkak semasa saya ditahan lima tahun dahulu, kini panggil saya 'ayah'." Demikian luahan seorang banduan, Rahman (bukan nama sebenar) yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana kesalahan rogol, begitu teruja menerima lawatan anak bongsunya sempena sambutan Hari Bapa di Penjara Kajang semalam. Menurut Rahman yang mendapat pengampunan dengan tempoh penjaranya dipendekkan kepada lapan tahun, walaupun terpisah sejak lima tahun dengan anaknya itu, dia pernah mendengar suaranya melalui telefon. "Hari ini, buat pertama kali sejak lima tahun, dia panggil saya 'ayah' dan ia sangat istimewa buat saya kerana akhirnya berpeluang melihat sendiri anak bongsu saya,"

Terengganu kita

Salam..sekarang jam 1 pm.. di klia.. tunggu flight ke Kch.. Terima kasih ina dan bro nandi,,dapat bersama di rumah ina Dr. hanafiah,, Dr. Erin,, Nizayati dan aku..Gambar nanti aku upload,,jika ada. ha ha.. Penangan Nasi dagang,, Best Sekali..

'Buah tangan' Pak Lah legakan rakyat Sarawak

Oleh Misiah Taib Tambahan RM1b bangunkan infrastruktur luar bandar SEPERTI juga lawatannya ke Sabah sebelum ini, kunjungan sehari suntuk Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Sarawak kelmarin, membawa bersamanya 'buah tangan' yang menggembirakan penduduk di Bumi Kenyalang, apatah lagi dalam keadaan kenaikan harga minyak sekarang. Berikut adalah antaranya: # Peruntukan RM1 bilion untuk projek infrastruktur asas diuruskan JPM; # Kad 'fleet' kepada penduduk luar bandar di Sarawak untuk membeli minyak diesel pada kadar harga subsidi; # Kerajaan Pusat menanggung kos sewa helikopter RM15,000 sebulan untuk setiap Ahli Parlimen melawat kawasan terpencil; # Geran pemadanan RM1 untuk setiap RM1 peruntukan bagi projek kecil luar bandar bagi setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Sarawak. Maknanya, peruntukan itu menjadikan jumlahnya RM500,000, daripada peruntukan asal RM250,000; # Peruntukan tambahan RM1 juta untuk Ahli Parlimen seperti diumumkan sebelum ini; # Membawa masuk ra

Boleh kerja sambilan

Oleh Norfatimah Ahmad JPA cari jalan bantu kakitangan awam hadapi kenaikan harga KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji syarat untuk membolehkan kakitangan awam bekerja sambilan selepas waktu kerja rasmi atau hujung minggu bagi menambah sumber pendapatan berikutan kenaikan kos sara hidup akibat peningkatan harga minyak sekarang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mencari jalan terbaik untuk membolehkan kakitangan awam, terutama kumpulan sokongan bekerja sambilan. Beliau memberi contoh, golongan itu mungkin boleh diberi peluang bekerja sambilan untuk tempoh singkat antara dua atau tiga jam sehari seperti menjadi operator, juruwang dan pemasaran talian selepas waktu kerja di sektor awam. “Mereka juga perlu diberi peluang membabitkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan selepas waktu tugas rasmi atau hujung minggu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perundingan